Monday 12 November 2012



Tips Melancong Pada Musim Cuti Sekolah


Sudah menjadi lumrah kehidupan, kebiasanya masa cuti sekolah baru dapat peluang pergi untuk bercuti terutama bersama keluarga. Al-maklumlah disebabkan anak-anak masih bersekolah, atau masih ada adik-adik yang bersekolah adalah tidak wajar untuk mereka ponteng sekolah. 

Oleh demikian, tidak disangkal lagi jika bercuti ketika musim cuti sekolah pastinya harga akan melonjak naik berbeza hari biasa. Maka, ingin dikongsikan beberapa tips melancong atau bercuti ketika musim cuti persekolahan antaranya ialah :


1.Cari Tarikh Yang SesuaiPastikan ketika tarikh tersebut tiada di kalangan ahli keluarga mahupun kawan-kawan anda terikat dengan komitmen lain. Seelok-eloknya, anda harus menetapkan tarikh percutian tiga bulan sebelumnya.


2.Anggaran Bajet Percutian
Seperti yang diperkatakan, ketika musim cuti persekolahan harga tambang serta penginapan terutamanya akan melonjak naik sehingga 20-40 peratus. Ini kerana ketika musim cuti sekolah adalah "peak season" ataupun "high season". Jadi rancanglah kewangan anda lebih dari waktu percutian biasa.


3.Pilih Lokasi
Jika melancong ke dalam negara yakni Malaysia tanah air tercinta, kita ada pelbagai tempat menarik dari utara ke selatan, barat ke timur sehinggalah Sabah dan Sarawak. Pilih sahaja destinasi mana tetapi harus diingat, destinasi percutian haruslah sesuai dengan bajet serta apa aktiviti yang anda ingin lakukan ketika bercuti.


4.Tempah Awal
Untuk menjimatkan bajet, anda bolehlah tempah penerbangan ataupun penginapan lebih awal. Sebagai contoh, jika ingin bercuti hujung tahun, tempahlah pada awal tahun samada tempah sendiri ataupun dari agensi pelancongan bertauliah. 


"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI, semoga dapat diberikan sedikit ulasan untuk diperkongsikan bersama pembaca lainInsyaAllah nawaitu kita diberkati Yang Maha Mulia''.

No comments:

 
Designed by: Ayesha Ramlee