Wednesday 28 November 2012

PANCAKE



 Today we had pancake for breakfast. Lama dah tak wat pancake. Alih2 pagi ni rajin plak aku nak buat pancake. 


Seben suka makan dengan madu + honey,Aku suka makan dengan aiskrim vanilla manakala farisya plak tak berapa makan, Hehehe. So she had cereals instead. 

Dulu, saya selalu beli yang ready made dalam kotak je.. Dan brand Nona Pancake Mix yang selalu jd pilihan saya. Huhu... Cuma perlu bancuh mengikut arahan di kotak.

Bahan-bahannya:
100 gm tepung naik sendiri
2 sudu kecil gula kastor
1 biji telur - pukul sedikit
150 ml susu sejat (cair)

Cara-caranya:

1. Campur tepung & gula, buat lubang tgh2 & tuang telur & susu cair.

2. Gaul sebati (lakukan secepat mungkin, tp jgn pukul/putar). Biarkan dlm 10 minit.

3. Panaskan kuali leper dgn sedikit mentega (api sederhana kecil), tuang 1 senduk adunan & bila timbul lubang2 kecil, balikkan.

4. Biar sebentar & angkat.

5. Hidang panas2 dgn madu/susu pekat/sos coklat/hirisan buah2an (strawberi, pisang etc) ikut suka.... ^_^



Tuesday 27 November 2012

SAVE GAZA PALESTIN




INFO: DEDICATED POEM FOR YOU MY DEAR SON & DAUGHTERS IN GAZA....
(copy from facebook : kakak marlina)
Puisi Untuk Anak-anakku di Gaza, Palestin.

Mungkin, ini pertama kali ummi menyaksikan secara 'live'
20 minit keadaanmu di sana,
Ummi amat jauh darimu.

Namun, dikala anak-anak ummi bertanya,
Siapa mereka, ummi?
Kenapa mereka luka, ummi?
Kenapa mereka kena bom, ummi?
Itu kapal terbang siapa, ummi?

Ummi, cuba tengok di sana ada budak mati!!
Ummi, cuba tengok ada darah banyak!!
Ummi, cuba tengok itu macam Muhammad! (anak ke 4 ummi)
Ummi, takutlah!
Pastinya, sekian banyak lagi soalan yang dilontarkan oleh anak-anak kecil ini di seluruh dunia.

Ummi hanya mampu berkata dalam sedu sedan tangis,
Duhai Anak,
Merekalah Zionis Israel yang kejam!!
Mereka terkena bom dan peluru ibarat hujan,
Mereka dibenci, Hamba Laknatullah!!

Tahu KENAPA?
Kerana mereka tahu anak-anak sepertimu punya keberanian apabila besar nanti,
Dek 30 Juzuk sudah di Hati.

Duhai Anak,
Kamu perlu berani seperti mereka!
Janganlah dijentik sedikit, meraungnya gegak gempita,
Usah takut, usah gentar, kita punya Allah yang Maha Berkuasa!

Bersabarlah duhai anak-anak mujahidku di sana,
Janji al Jannah buatmu telah tiba,
Tidurlah kalian setenang-tenangnya.


Ameen, ameen, Ya Rabbal 'Aalameen.

Hasil Nukilan 
~Ummu Mar'ie~
7 Muharram 1434H
21 November 2012
min Malaysia fi Italia
permintaan beliau,

~Bacalah dengan intonasi yang betul, nescaya kalian mampu rasa bagaimana saya merasainya~ wallahu'alam.

(Jika boleh memberi kebaikan sebagai mesej keseluruh 'alam, saya izinkan untuk di share puisi original from my heart (Miss DHearty) tersebut, tetapi mohon kekalkan seperti struktur yang asal. Seterusnya mahu ditambah sebelum dan selepas saya tidak menghalang. Jazakalla-hukhairan-kathira..)



was a happy family but no anymore

Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara kita di GAZA :



1. Jangan berhenti berdoa


2. Lancarkan boikot terhadap syarikat yang menyokong kekejaman Zionist


3. Hulurkan bantuan anda dari segi kewangan

“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” Al-Zalzalah: ayat 7-8

The choice is in your hands






Sunday 25 November 2012

SAAT BERGELAR IBU


Selepas 3 bulan diijabkabulkan aku disahkan pregnant 2 minggu . Berita ini disambut gembira oleh suami dan keluarga.Sepanjang kehamilan aku langsung tidak mengalami masalah dengan alahan mahupun mengidam yang bukan2 , mengikut pengiraan doktor aku dijangka bersalin pada 29 April 2011 .Ketika kandunganku berusia 5 bulan , hari dan tarikh cuma waktu yang berbeza aku dan suami terlibat kemalangan, aku hanya mampu menangis dan berdoa selepas mendapat panggilan telefon dari hospital serdang yang mengesahkan suamiku akan melakukan operation kerana mengalami pendarahan yang banyak di dalam perut serta patah tangan kiri di siku .Alhamdullillah suamiku selamat menjalani dua operation iaitu dibahagian perut dan tangan berlainan hospital.

Jam 245pm selepas makan tengahari aku dipanggil oleh doktor utk check bukaan  bawah tapi masih sama juga 4sm selepas itu doktor memasukkan ubat untuk buka laluan dan aku dihantar ke dewan bersalin sepanjang petang sampai larut malam jalan tidak buka sepenuhnya masih 4sm doktor kta kalau masih tidak buka kalau  lama sangat kena operation takot baby lemas..argghhh waktu itu aku stress sangat almaklumlah kena masuk rumah sendiri..dan sepanjang itu aku mengucap panjang dan bibir tergumat gamit membaca ayat2 dibawah ini



“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

Dan sakit bertambah kuat dan kerap pada jam 1030pm .Aku terasa ingin meneran apabila nurse check bahagian bawah rupanya kepala bayi sudah kelihatan,tepat jam 1040pm aku selamat melahirkan bayi perempuan disisi suamiku yang banyak bagi sokongan itulah kenangan paling manis dan bermakna dalam hidupku.

Kini Farisya Insyirah Bt Ahmad Fauzi sudah berusia 1 tahun 7 bulan .panggilan "mama" dan "ayah" sudah pandai sikit demi sedikit walaupun percakapannya tidak jelas tapi aku tahu beliau memahami maksud yang disampaikan ,  sekarang ini aku bangga menjadi seorang isteri , ibu segalanya aku titipkan kenangan terselit dalam memori ingatanku serta bahagia sepanjang hayat disisi suamiku dan anak tercinta....kalau ada rezeki no 2 maybe ..hehheheh sekian.....





gambar ketika berusia 2 hari


gambar ketika menyambut  besday gugurl 1 year 


isya with ipad kids


macam gelagat dan aktiviti dihujung mggu bersama isya


just snap pic and click posing anything i do


say hello , peace n imiating


at playground ioi mall puchong


                                    are many ways that highlighted the presence granny style


love dad


eeeeeeeee


fanatik upin ipin


last gambar menyanyi tapi x keluar suara pun mimik mulut jer ...xoxoxo
*_^









Thursday 22 November 2012

SPAGHETTI AGLIO OLIO+AYAM MADU



Simple la sangat kannn.. nama resepinya pun dah berbelit2 lidah nak menyebutnya.. ekekkeke.. tp resepi nak membuatnya memang simple.. ikut style aku la kan.. aku kan suka bg resepi simple2 je.. hehehe..tapi resepi spaghetti aglio olio adalah sejenis pasta tradisional itali.

Kalau dah pening nak masak apa utk sarapan atau dinner, resepi ni leh membantu.. tp tu pun kalo korang suka mkn spaghetti la kan.. kalo tak suka pandai2 le pikir nak masak apa lak.. kehkehkeh..yang ini utk dinner sebab ada tambahan ayam madu huhuhuu.

okeh meh tengok bahan2 yang aku gunakan spaghetti (aku guna brand San Remo, di sbbkan aku dgn hubby je yg makan aku guna suku je dr plastik tu..) , minyak zaitun (olive oil) kalau tiada minyak biasa pun boleh , bawang putih (dihiris),  besar chili flakes, oregano flakes,  parsley flakes,  lada hitam serta garam jangan lupa plak letak ia,1 kiub pati ayam

Masukkan spaghetti gaul2 lg dan siappp.. nak taruk sayur2 yg bersesuaian pun boleh.. suka
hati korang la......



tada.....da siapppp mesti korang tertnya ayam bagaimana pula ayam aku peram kan dengan bawang besar , bawang putih dan halia kisarkan lps tu masukkan dalam mangkuk letak madu , sos tiram dan kicap dan panggangkan siap semuanya boleh makan...

Okey.. ada pahamm.. sekian.. selamat main masak2.....

Wednesday 21 November 2012

SONG ADAM HAWA


Asalamualaikum semua,sedap x dgr lagu diblog aku sudah bertukar , gara-gara layan cerita dan novel adam dan hawa sampai lagu yg didendang oleh shahir iaitu "aku yang berdosa" menjadi lagu kegemaranku untuk didengar , sebenarnya 1st time aku dengar dari petikan drama adam dan hawa terus aku cari lagu dan liriknya sekali masyallah memang layan la liriknya menusuk kalbu dan menyentuh perasaan part nie yg aku suka :

"Sejauh mana Langkah ku di sana Aku melupakan Mu Seluas mana Kau beri padaku Masih ku angkuh pada-Mu Segalanya dusta Gelap mengaburi ku Ya Allah Apa yang bisa Ku tebus kepada-Mu Atas dosaku Ya Allah Ku hina terasa Biar ku bersujud Untuk ke syurga-Mu".


blog adam dan hawa..sehhh 

Adam Hawa


note: may have fun with the song in my blog

Tuesday 20 November 2012

SEGMEN : TAMBAHKAN FOLLOWERS DIBLOG





JUMLAH FOLLOWERS : 37


p/s :jom kwn2 kita sertai terjah menerjah dan jgn lupa blog saya pula....+_*

Friday 16 November 2012

SEGMEN JOM SINGGAH EYOY KHAIRULANAM




Bermula 13 November 2012 sehingga 30 November 2012.

TAG : http://www.aimisyahirah.com

SALAM PERKENALAN,SAYA BLOGGER BARU

Thursday 15 November 2012


LEMPENG GANDUM


Petang2 layan lempeng memang sedap nak keluar mendung pula sekarang nie bila petang jer hujan ...... sardin ada ... tepung gandum ada jugak walaupun sikit .semalam pergi kenduri rumah nenek emak pula bagi tepung 3 kampit banyak gila stock.. hehe ... ingat nak wat jemput-jemput sardin ... tapi tekak rasa cam nak makan lempeng .. jadi, bancuh bancuhan lempeng jek la .. siap bancuh tepung .. terus masak lempeng dalam kuali.

Cara membancuh tepung untuk wat lempeng ni senang jek ... masukkan tepung gandum kedalam mangkuk yang besar ... masukkan garam dan gaul dalam tepung ... masukkan air masak sejuk dalam bancuhan tepung dan garam tadi ... kacau hingga tepung larut dalam air ... bancuhan tepung jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair .. yang sedang-sedang saja ... agak-agak bancuhannya tidak melekat pada senduk dah ok la tu ... masukkan sesenduk bancuhan tepung ke dalam kuali .. terpulang nak guna kuali yang macam mana ... ratakan tepung di sekeliling kuali ... biar bancuhan tepung leper di dalam kuali ... titikkan minyak di sekeliling kuali ... balik-balik kan lempeng .. dah nampak cam garing sikit .. angkat dan ulang buat lempeng hingga bancuhan habis ... senang kan ...

 Selepas siap masak lempeng .. kena lah wat pencicah dia pulak ... biasanya aku wat sambal telur atau sambal bilis .. tapi hari ni wat sambal sardin .. caranya ... tumis bawang merah dan lada kering yang telah diblend ... kacau hingga lada garing ... masukkan sos tiram, garam, gula dan ajinomoto ... kacau sebati ... masukkan sardin ... kacau lagi .. masukkan bancuhan air asam jawa ... biarkan ia mereneh sebentar ... setelah kuah agak pekat, tutup api dan hidangkan .. sedia di makan bersama lempeng atau dengan nasi putih pun boleh ... makan bersama roti potong pun sodap jugak ... hehe .....

Monday 12 November 2012



Tips Melancong Pada Musim Cuti Sekolah


Sudah menjadi lumrah kehidupan, kebiasanya masa cuti sekolah baru dapat peluang pergi untuk bercuti terutama bersama keluarga. Al-maklumlah disebabkan anak-anak masih bersekolah, atau masih ada adik-adik yang bersekolah adalah tidak wajar untuk mereka ponteng sekolah. 

Oleh demikian, tidak disangkal lagi jika bercuti ketika musim cuti sekolah pastinya harga akan melonjak naik berbeza hari biasa. Maka, ingin dikongsikan beberapa tips melancong atau bercuti ketika musim cuti persekolahan antaranya ialah :


1.Cari Tarikh Yang SesuaiPastikan ketika tarikh tersebut tiada di kalangan ahli keluarga mahupun kawan-kawan anda terikat dengan komitmen lain. Seelok-eloknya, anda harus menetapkan tarikh percutian tiga bulan sebelumnya.


2.Anggaran Bajet Percutian
Seperti yang diperkatakan, ketika musim cuti persekolahan harga tambang serta penginapan terutamanya akan melonjak naik sehingga 20-40 peratus. Ini kerana ketika musim cuti sekolah adalah "peak season" ataupun "high season". Jadi rancanglah kewangan anda lebih dari waktu percutian biasa.


3.Pilih Lokasi
Jika melancong ke dalam negara yakni Malaysia tanah air tercinta, kita ada pelbagai tempat menarik dari utara ke selatan, barat ke timur sehinggalah Sabah dan Sarawak. Pilih sahaja destinasi mana tetapi harus diingat, destinasi percutian haruslah sesuai dengan bajet serta apa aktiviti yang anda ingin lakukan ketika bercuti.


4.Tempah Awal
Untuk menjimatkan bajet, anda bolehlah tempah penerbangan ataupun penginapan lebih awal. Sebagai contoh, jika ingin bercuti hujung tahun, tempahlah pada awal tahun samada tempah sendiri ataupun dari agensi pelancongan bertauliah. 


"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI, semoga dapat diberikan sedikit ulasan untuk diperkongsikan bersama pembaca lainInsyaAllah nawaitu kita diberkati Yang Maha Mulia''.

MUSIM CUTI SEKOLAH BERMULA!!!

Musim cuti sekolah 2012 telah pun bermula.  Ada sekolah yang bercuti awal kerana memberi peluang pelajar-pelajar SPM menduduki peperiksaan dengan aman damai. 
Sempena musim cuti sekolah, inilah masanya ibubapa perlu mengambil kesempatan untuk bersama anak-anak.  Melakukan aktiviti bersama anak-anak tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi.  Contohnya:
  • Makan bersama anak-anak.  Duduk satu meja dan makan bersama.
  • Mengajar anak-anak memasak makanan kegemaran mereka. Buat biskut yang dgemari oleh anak-anak.  Tidak perlu tunggu Raya baru buat.
  • Membawa anak-anak berjogging di waktu pagi atau petang selepas balik kerja.
  • Melakukan aktiviti sukan bersama-sama seperti badminton atau bola sepak.  
  • Menonton bersama-sama rancangan televisyen kegemaran mereka.  Kalau anak suka ultraman, berbuallah mengenai ultraman.  
  • Aktiviti seni bela diri seperti teakwando memberi kelebihan kepada anak-anak untuk mempertahankan diri.  Galakkanlah anak menyertainya.  Boleh tumbuk jerung seperti Mariko Haugen.
  • Kalau ada sedikit kemampuan bawalah anak-anak pergi melancong.  Tidak perlulah pergi jauh ke luar negara.  Banyak tempat-tempat menarik di Malaysia boleh dikunjungi seperti Pulau Sipadan dan Cameron Highland.
Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak-anak.  Terpulanglah bagaimana perancangannya.  Selamat Bercuti kepada Adik-Adik semua.






Tuesday 6 November 2012

Go Gua Kelam

pintu masuk 

Sambung entry percutian menuju ke gua kelam balik dari wang kelian perlis sekadar mengimbau kenangan manis yang sempat dirakamkan samaada kamera video atau dari foto .


Salah satu gua yang paling menarik di Malaysia berukuran 370 meter panjangnya ,berhampiran pekan kecil kaki bukit yang dinamakan gua kelam.Salah satu nya jalan untuk ke gua ini ialah melalui jambatan kayu yg tergantung .Jambatan ini menghubungkan kaki bukit dengan lembahan  wan tangga iaitu sebuah lembah di hujung gua kelam.


siapa yang suka aktiviti lasak juga disediakan kalau tidak silap la.. huhuhu


jom kita teroka


ladies first..


SECRET GARDEN GUA KELAM


kalau hendak berkelah atau mandi disini


berbumbungkan kehijauan


dekat kandang rusa 


siap ada p/s "safety first" good..good..good just remember sape2 yg masuk disini +_+

memang best la ke sini tapi yang sedihnya tidak boleh naik keretapi jer takpe next time repeat balik heehhee...kalau yang hendak mandi manda dan berkelah boleh la datang sini ..huhhuuh
Untuk destinasi aku seterusnya ke padang besar tiada gambar pun di snap sbbnya niat hendak menyinggah tapi ada sahaja barang yg dibeli itu lah  perempuan...hehehehehe.

Saturday 3 November 2012

WANG KELIAN PERLIS

Kalau balik kampung jer ada sahaja destinasi yang kami hendak tuju semestinya sudah ada dalam plan,destinasi kami ke Wang Kelian Perlis dan Gua Kelam sambil tu singgah di Padang Besar.Panas sangat la tempat ini mungkin hampir 40 darjah celcius.wang kelian ini tempat membeli belah barangan siam berkonsepkan gerai di tepi jalan.Apa yang "special" tempat ini ialah kita boleh masuk sempadan thailand tanpa menggunakan pasport hanya untuk hari sabtu dan ahad sahaja.Insyallah takde bom kot..hehehe.kami sempat pergi pada hari ahad tiba pada pukul 11.00 pagi.Memang banyak bas persiaran,van sewa serta motor samaada dikawasan Perlis atau Thailand.Maksudnya banyak gak la pelancong dari Malaysia dan Thailand yang membeli barangan kat sini.murah ker? barangan kat sini..rasanya sama jer dengan Padang Besar ,tapi barang seperti beras,ikan bilis dan beberapa barangan lain boleh dikatakan murah. Nampak majoriti peniaga adalah siam.diorang boleh bercakap melayu tapi sikit-sikit jenuh jugak la nak berbicaraSebenarnya tempat ini sama jer dengan pasar siang cuma xde jual bahan basah jer  apepun yang menyebabkan tempat ini terkenal kerana BOLEH MASUK SEMPADAN SIAM TANPA PASPORT..itu jer kot trademark wang kelian.


park car

 

jauh gak la hendak berjalan


akibat penat berjalan memandangkan masih jauh dengan panas aku mengambil keputusan naik motor dengan bayaran rm2 masuk ke sempadan Thailand.


WELCOME THAILAND


Dah jadi macam pesta pulak bila tengok ramainya manusia yang bershopping dan ber"window shopping" .. Gaya ja macam shopping sakan sebenarnya tangkap gambar yang lebih. hehe.. So, sapa-sapa yang tak biasa pi, bolehlah try pi sekali ke Wang Kelian ni.. 

sawadikap kup kap


I'm here Thailand 


kenangan yg dibawa pulang  dari thailand yohuhuhu vios limited edition wrna pink  siap ada no plat gitu.heheehe

bubbye wang kelian perlis insyallah kalau ada rezeki kami sampai lagi...
amin sekian. 

 
Designed by: Ayesha Ramlee