Sunday 25 November 2012

SAAT BERGELAR IBU


Selepas 3 bulan diijabkabulkan aku disahkan pregnant 2 minggu . Berita ini disambut gembira oleh suami dan keluarga.Sepanjang kehamilan aku langsung tidak mengalami masalah dengan alahan mahupun mengidam yang bukan2 , mengikut pengiraan doktor aku dijangka bersalin pada 29 April 2011 .Ketika kandunganku berusia 5 bulan , hari dan tarikh cuma waktu yang berbeza aku dan suami terlibat kemalangan, aku hanya mampu menangis dan berdoa selepas mendapat panggilan telefon dari hospital serdang yang mengesahkan suamiku akan melakukan operation kerana mengalami pendarahan yang banyak di dalam perut serta patah tangan kiri di siku .Alhamdullillah suamiku selamat menjalani dua operation iaitu dibahagian perut dan tangan berlainan hospital.

Jam 245pm selepas makan tengahari aku dipanggil oleh doktor utk check bukaan  bawah tapi masih sama juga 4sm selepas itu doktor memasukkan ubat untuk buka laluan dan aku dihantar ke dewan bersalin sepanjang petang sampai larut malam jalan tidak buka sepenuhnya masih 4sm doktor kta kalau masih tidak buka kalau  lama sangat kena operation takot baby lemas..argghhh waktu itu aku stress sangat almaklumlah kena masuk rumah sendiri..dan sepanjang itu aku mengucap panjang dan bibir tergumat gamit membaca ayat2 dibawah ini



“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

Dan sakit bertambah kuat dan kerap pada jam 1030pm .Aku terasa ingin meneran apabila nurse check bahagian bawah rupanya kepala bayi sudah kelihatan,tepat jam 1040pm aku selamat melahirkan bayi perempuan disisi suamiku yang banyak bagi sokongan itulah kenangan paling manis dan bermakna dalam hidupku.

Kini Farisya Insyirah Bt Ahmad Fauzi sudah berusia 1 tahun 7 bulan .panggilan "mama" dan "ayah" sudah pandai sikit demi sedikit walaupun percakapannya tidak jelas tapi aku tahu beliau memahami maksud yang disampaikan ,  sekarang ini aku bangga menjadi seorang isteri , ibu segalanya aku titipkan kenangan terselit dalam memori ingatanku serta bahagia sepanjang hayat disisi suamiku dan anak tercinta....kalau ada rezeki no 2 maybe ..hehheheh sekian.....





gambar ketika berusia 2 hari


gambar ketika menyambut  besday gugurl 1 year 


isya with ipad kids


macam gelagat dan aktiviti dihujung mggu bersama isya


just snap pic and click posing anything i do


say hello , peace n imiating


at playground ioi mall puchong


                                    are many ways that highlighted the presence granny style


love dad


eeeeeeeee


fanatik upin ipin


last gambar menyanyi tapi x keluar suara pun mimik mulut jer ...xoxoxo
*_^









No comments:

 
Designed by: Ayesha Ramlee