Wednesday 19 September 2012

PETUA DAPUR

Mudahnya di dapur!petua ini dari mak aku selalu ingatkan aku tentang petua dapur so aku hendak kongsi bersama kawan-kawan semua.

1.Tepung hindari hanyir ayam ( untuk menghilangkan bau hanyir ayam,basuh ayam dengan menggunakan tepung gandum dan daun pisang.Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat menghilagkan lendir lemaknya )

2.Kekalkan kesegaran sawi ( Hanya perlu membasuh sawi dengan air gula tanpa perlu membilasnya dengan air.Kemudian balut sawi dengan surat khabar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk )

3.Tauge kekal segar ( Bagi memastikan kesegaran  tauge berkekalan,masukkan tauge 
ke dalam semangkuk air.Kemudian perahkan limau nipis ke dalam mangkuk tersebut.Gaulkan 
sebati.Simpankan di dalam peti sejuk.Hasilnya tauge yang akan disimpan akan bertahan 
lama )

4.Elak masakan melekat ( cara mudah untuk mengelakkan makanan daripada melekat pada kuali atau perkakasan aluminium ialah dengan menggunakan asam jawa.Gaulkan asam jawa bersama air sehingga melekat .Rendamkan perkakasan itu semalam )

mudah jer kan selamat mengamalkannya.....*_<

2 comments:

Anonymous said...

tertarik yang no 4, yang lain akak dah tahu. hehhe

thanks 4 sharing

Unknown said...

>_<

 
Designed by: Ayesha Ramlee