Tuesday 11 September 2012

TERENGGANU

Kami tiba di Felda Residence, Kuala Terengganu bersama hujan yang mencurah - curah.  Hujan membataskan hasrat kami untuk mengunjungi Water Front berhampiran hotel yang dipenuhi lampu seperti i-city.  Sudahnya, kami hanya check in hotel seri malaysia yang berdekatan di situ dan bersiar-siar di dalam kereta sambil mencari tempat makan yang sesuai pada malam itu.
a
Tapi selepas check in hotel tempat pertama yang  dituju di pasar besar kedai payang kuala terengganu memang macam2 yang ada disitu pendek kata kepok lekor yg bermaharajalela..hehe barangan semuanya murah-murah belaka.

Lepas itu pergi ke masjid kristal , muzium ,batu burok dan seluruh kuala terengganu
Makanan yang paling best di Terengganu semestinya keropok lekor.Even keropok lekor telah merantau ke serata negeri, ia tetap dipanggil keropok lekor yang berasal dari Terengganu...Ini keropok yang telah siap direbus.Biasa orang luar suka makan yang ni kan??Ye dak???Ke korang suka yang goreng jugak??hahaha..Boleh plak main2 tanye dalam ni, macam boleh bagi makan kan???ngeh2..
Ini sata ikan plus kelapa..ehh??haha..Best laa sata ni, kalau korang makan sure tak cukup 10..Alaa,dia bukan besar pun, 3 kali suap da abis..Sata ni pun feveret  gak, suka makan dia sebab sangat best.Sepanjang duk luar laa,kalau nak makan selalunya order kat kawan yang dok di terengganu
p/s : Jemput laa datang ke negeri Terengganu Darul Iman, untuk menikmati makanan-makanan yang enak lagi lazat..ngeh2 serta tempat pelancongan yang sangat menarik

No comments:

 
Designed by: Ayesha Ramlee