Wednesday, 28 November 2012

PANCAKE



 Today we had pancake for breakfast. Lama dah tak wat pancake. Alih2 pagi ni rajin plak aku nak buat pancake. 


Seben suka makan dengan madu + honey,Aku suka makan dengan aiskrim vanilla manakala farisya plak tak berapa makan, Hehehe. So she had cereals instead. 

Dulu, saya selalu beli yang ready made dalam kotak je.. Dan brand Nona Pancake Mix yang selalu jd pilihan saya. Huhu... Cuma perlu bancuh mengikut arahan di kotak.

Bahan-bahannya:
100 gm tepung naik sendiri
2 sudu kecil gula kastor
1 biji telur - pukul sedikit
150 ml susu sejat (cair)

Cara-caranya:

1. Campur tepung & gula, buat lubang tgh2 & tuang telur & susu cair.

2. Gaul sebati (lakukan secepat mungkin, tp jgn pukul/putar). Biarkan dlm 10 minit.

3. Panaskan kuali leper dgn sedikit mentega (api sederhana kecil), tuang 1 senduk adunan & bila timbul lubang2 kecil, balikkan.

4. Biar sebentar & angkat.

5. Hidang panas2 dgn madu/susu pekat/sos coklat/hirisan buah2an (strawberi, pisang etc) ikut suka.... ^_^



Tuesday, 27 November 2012

SAVE GAZA PALESTIN




INFO: DEDICATED POEM FOR YOU MY DEAR SON & DAUGHTERS IN GAZA....
(copy from facebook : kakak marlina)
Puisi Untuk Anak-anakku di Gaza, Palestin.

Mungkin, ini pertama kali ummi menyaksikan secara 'live'
20 minit keadaanmu di sana,
Ummi amat jauh darimu.

Namun, dikala anak-anak ummi bertanya,
Siapa mereka, ummi?
Kenapa mereka luka, ummi?
Kenapa mereka kena bom, ummi?
Itu kapal terbang siapa, ummi?

Ummi, cuba tengok di sana ada budak mati!!
Ummi, cuba tengok ada darah banyak!!
Ummi, cuba tengok itu macam Muhammad! (anak ke 4 ummi)
Ummi, takutlah!
Pastinya, sekian banyak lagi soalan yang dilontarkan oleh anak-anak kecil ini di seluruh dunia.

Ummi hanya mampu berkata dalam sedu sedan tangis,
Duhai Anak,
Merekalah Zionis Israel yang kejam!!
Mereka terkena bom dan peluru ibarat hujan,
Mereka dibenci, Hamba Laknatullah!!

Tahu KENAPA?
Kerana mereka tahu anak-anak sepertimu punya keberanian apabila besar nanti,
Dek 30 Juzuk sudah di Hati.

Duhai Anak,
Kamu perlu berani seperti mereka!
Janganlah dijentik sedikit, meraungnya gegak gempita,
Usah takut, usah gentar, kita punya Allah yang Maha Berkuasa!

Bersabarlah duhai anak-anak mujahidku di sana,
Janji al Jannah buatmu telah tiba,
Tidurlah kalian setenang-tenangnya.


Ameen, ameen, Ya Rabbal 'Aalameen.

Hasil Nukilan 
~Ummu Mar'ie~
7 Muharram 1434H
21 November 2012
min Malaysia fi Italia
permintaan beliau,

~Bacalah dengan intonasi yang betul, nescaya kalian mampu rasa bagaimana saya merasainya~ wallahu'alam.

(Jika boleh memberi kebaikan sebagai mesej keseluruh 'alam, saya izinkan untuk di share puisi original from my heart (Miss DHearty) tersebut, tetapi mohon kekalkan seperti struktur yang asal. Seterusnya mahu ditambah sebelum dan selepas saya tidak menghalang. Jazakalla-hukhairan-kathira..)



was a happy family but no anymore

Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara kita di GAZA :



1. Jangan berhenti berdoa


2. Lancarkan boikot terhadap syarikat yang menyokong kekejaman Zionist


3. Hulurkan bantuan anda dari segi kewangan

“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” Al-Zalzalah: ayat 7-8

The choice is in your hands






 
Designed by: Ayesha Ramlee