INFO: DEDICATED POEM FOR YOU MY DEAR SON & DAUGHTERS IN GAZA....
(copy from facebook : kakak marlina)
(copy from facebook : kakak marlina)
Puisi Untuk Anak-anakku di Gaza, Palestin.
Mungkin, ini pertama kali ummi menyaksikan secara 'live'
20 minit keadaanmu di sana,
Ummi amat jauh darimu.
Namun, dikala anak-anak ummi bertanya,
Siapa mereka, ummi?
Kenapa mereka luka, ummi?
Kenapa mereka kena bom, ummi?
Itu kapal terbang siapa, ummi?
Ummi, cuba tengok di sana ada budak mati!!
Ummi, cuba tengok ada darah banyak!!
Ummi, cuba tengok itu macam Muhammad! (anak ke 4 ummi)
Ummi, takutlah!
Pastinya, sekian banyak lagi soalan yang dilontarkan oleh anak-anak kecil ini di seluruh dunia.
Ummi hanya mampu berkata dalam sedu sedan tangis,
Duhai Anak,
Merekalah Zionis Israel yang kejam!!
Mereka terkena bom dan peluru ibarat hujan,
Mereka dibenci, Hamba Laknatullah!!
Tahu KENAPA?
Kerana mereka tahu anak-anak sepertimu punya keberanian apabila besar nanti,
Dek 30 Juzuk sudah di Hati.
Duhai Anak,
Kamu perlu berani seperti mereka!
Janganlah dijentik sedikit, meraungnya gegak gempita,
Usah takut, usah gentar, kita punya Allah yang Maha Berkuasa!
Bersabarlah duhai anak-anak mujahidku di sana,
Janji al Jannah buatmu telah tiba,
Tidurlah kalian setenang-tenangnya.
Ameen, ameen, Ya Rabbal 'Aalameen.
Hasil Nukilan
~Ummu Mar'ie~
7 Muharram 1434H
21 November 2012
min Malaysia fi Italia
permintaan beliau,
~Bacalah dengan intonasi yang betul, nescaya kalian mampu rasa bagaimana saya merasainya~ wallahu'alam.
(Jika boleh memberi kebaikan sebagai mesej keseluruh 'alam, saya izinkan untuk di share puisi original from my heart (Miss DHearty) tersebut, tetapi mohon kekalkan seperti struktur yang asal. Seterusnya mahu ditambah sebelum dan selepas saya tidak menghalang. Jazakalla-hukhairan-kathira..)
was a happy family but no anymore
Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara kita di GAZA :
1. Jangan berhenti berdoa
2. Lancarkan boikot terhadap syarikat yang menyokong kekejaman Zionist
3. Hulurkan bantuan anda dari segi kewangan
“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” Al-Zalzalah: ayat 7-8
The choice is in your hands
1 comment:
Semoga mereka dilindungi!!
Post a Comment