السلام عليكم ,
Hai akak maneh menghiasi ruangan ini saja hendak berkongsi resepi ringkas untuk dimasak namanya ayam kicap kasih sayang gittew
Ayam 7 or 8 ketul ikut la kalau banyak ayam banyak la bahan- bahannya kalau akak suka potong kecil2 sebab senang nak makan gaulkan dengan kunyit dan garam sedikit dan masak separuh masak
Bahan 1:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kesemua bahan diatas dihiris
Cili merah or cili hijau
Cili padi jika hendak pedas letak la ikut hampa
Tomato 🍅 2 biji
Kesemuanya dihiris dan tomato dipotong dadu
Bahan 2
Cili giling 1 sudu
Sos tiram
Kicap manih soya dipanggil kicap kipas
Cara masak :
Panaskan minyak , masukkan cili giling biarkan pecah minyak , masukkan bahan 1 tapi tomato kemudian bila naik bau masukkan air satu cawan masukkan bahan 2 dan biarkan mendidih seterusnya masukkan ayam yang telah dimasak separuh masak last part masukkan tomato kalau hendak bau masukkan bunga lawang , kulit kayu manih dan ketumbar nak lagi wangi dan hiasan taburkan daun sup dan daun bawang....
Selamat mencuba 😘
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment