"Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung pada niatnya,dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya "(Hadis Riwayat Bukhari no.1 Muslim )
Sana-sini, di jalanan, di mall, di akhbar, di internet sibuk mewar-warkan perihal sambutan ambang 2013. Pelbagai cara sambutan ambang 2013, ada dengan konsertnya, ada juga yang memgunakan kaedah Islam iaitu dengan mengadakan ceramah agama dan tidak lupa dengan bunga apinya.
Walau apapun, yang paling saya harapkan adalah pengurangan angka statistik kes pembuangan bayi sekitar bulan Ogos dan September 2012,pengurangan angka statistik kes rogol serta pengurangkan angka statistik tangkapan khalwat sempena sambutan ambang 2013. Biarlah 2013 menjadi satu detik perubahan yang positif. Pengurangan segala angka statistik yang negatif tetapi penambahan angka statistik yang positif seperti pertambahan blogger-blogger yang berjaya.
Saya mendoakan agar tahun 2013 akan menjadi lebih baik buat kita semua. Menjadikan tahun 2013, pemangkin kejayaan kita semua. Selamat Tahun Baru buat semua saudaraku...
semoga 2013 membawa sinar kebahagian kpd kita semua +_~
1 comment:
Harapan 2013 negara ni lebih makmur
Post a Comment