Monday, 3 December 2012

PELIHARA ASET WANITA

Semalam terbaca paper metro tentang tajuk diatas iaitu "PELIHARA ASET WANITA"ramai wanita sekarang ini termasuk diriku juga menitikberatkan tentang penjagaan wajah dan berat badan tapi aset bernilai mereka abaikan , masuk bilik air jer pandang cermin dan belek muka tanpa melakukan pemeriksaan terhadap bahagian yg lebih penting iaitu payudara .Kanser payudara adlah pembunuh wanita bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia.Setiap wanita berusia 20 tahun berisiko mendapat kanser ini.

Lepas sahaja baca terus search google dan baca ini yang aku dapat walaupun aku seorang nurse yang bekerja didewan bedah kadang2 sikap lalai , lupa , abai tentang penjagaan aset diri , so now tengok apa yang aku dapat semoga dapat memberi input sedikit kpd diriku dan semua yg baca dilaman blogku.


Oleh Dr. Abdul Rahman Mohamad
Pakar Peruding Radiologi / Doktor Perubatan NuklearMajlis Kanser Nasional
Kanser payudara merupakan kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita di Malaysia. Namun ia bukanlah yang paling merbahaya. Seorang wanita di Malaysia mempunyai risiko 1 dalam 19 untuk mendapat kanser payudara sepanjang hayatnya. Risikonya lebih tinggi di kalangan wanita Cina iaitu 1 dalam 14 dan India 1 dalam 15. Wanita Melayu mempunyai risiko yang terendah iaitu 1 dalam 24 wanita berbanding 1 dalam 8 bagi wanita di negara-negara maju.
Tidak dinafikan bahawa beberapa faktor seperti factor keturunan yang tidak boleh kita ubah. Namun, kita boleh melakukan banyak perubahan dari segi gaya hidupyang dapat membantu mencegah kanser payudara. Kami perturunkan di bawah ini 10 cara utama mencegah kanser payudara.


1. Kata “Tidak” kepada alkohol


2.Berhenti Merokok


3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman


4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda jika seorang saudara terdekat dalam keluarga anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor anda. Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang berisiko. Walaupun ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak bermakna anda juga akan mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser payudara berlaku mengikut nasib seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara. Lebih tua umur anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin kurang kemungkinan ia disebabkan baka keturunan merupakan

Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) .


6. Periksa payudara t
ujuan pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui payudara anda. Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan mengenai perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di samping mencari sebarang ketulan atau nodus.


Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara sebahagian amalan hidup anda.

Memandangkan payudara setiap wanita adalah unik, dengan mengenali payudara anda, anda dapat mengesan sebarang perubahan secepat mungkin. Ini tidak akan berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan pemeriksaan setiap bulan adalah cara yang paling selamat.Anda perlu ingat bahawa 60% daripada kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga 70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes ketulan yang terdapat dalam payudara bukanlah kanser.

7.Amalkan diet lemak rendah a
nda boleh mempelajari bagaimana melakukan pemeriksaan payudara dengan betul dengan melayari http://thefamilygp.com.


8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram anda – Ia bukan satu pilihan
Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara anda lebih lembut.Oleh kerana mamogram dilakukan oleh radiografer wanita, anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa kurang selesa seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.

Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?

Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:

Umur 35-40: satu mammogram diperlukan
Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun
Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.


9. Amalkan penyusuan badan
Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat Kecuaian.


Tanda- tanda :


Ini menunjukkan payudara kanan (disebelah kiri gambar) lebih besar daripada payudara kiri. Perhatikan bahawa puting tidak sama paras dan yang kanan menghala ke bawah.
(Kiri) Pandangan sudut dari kanan (Kanan) Pandangan dari hadapan

Ketumbuhan boleh dilihat dibahagian atas payu dara .Puting yang menghala ke bawah lebih jelas dari sudut tepi. Terdapat juga pertukaran warna di bahagian atas payudara kanan dan kulit kelihatan nipis dan tegang. Ketumbuhan ini makin membesar dan lama kelamaan tanpa pembedahan, kanser ini akan pecah melalui kulit
 
Ini satu lagi ketumbuhan di payudara kanan (disebelah kiri gambar). Disini benjolan disebabkan oleh ketumbuhan itu jelas kelihatan. Ketumbuhan ini tumbuh di lapisan luar di bahagian bawah kulit payudara.
Puting kanan terletak di paras lebih rendah daripada yang kiri, ini boleh dilihat ketika kedua lengan diletak di sisi tubuh. Walaubagaimanapun, ini lebih ketara apabila kedua-dua lengan diangkat ke atas kepala. (seperti yang ditunjukkan disebelah kiri). Kedudukan dan arah puting jelas kelihatan. Pandangan dekat telah jelas menunjukkan apa yang telah diterangkan. Gambaran ini menjelaskan kepentingan melakukan langkah-langkah seperti melihat kedudukan puting semasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Sila rujuk kepada artikel
Terdapat satu lekok atau kawasan yang tenggelam di bahagian atas puting payudara kiri (di sebelah kanan gambar) Ini dinamakan ‘dimpling of the skin’ atau lekukan. Lekukan kulit ini jelas kelihatan walaupun lengan diletak di sisi tubuh.Biasanya lekukan kulit ini hanya kelihatan semasa lengan diangkat ke atas kepala. Gambar di sebelah kanan menunjukkan lekukan kulit daripada sudut tepi.
Lekukan kulit terjadi akibat tarikkan kulit tisu sekitar oleh ketumbuhan di bahagian dalam payudara. Ini merupakan satu ciri kanser payudara. Anda boleh melihat kesan kanser tanpa memegang atau merasai payudara anda. Ini menunjukkan pentingnya aspek ‘melihat ‘ dan ‘merasa’ pemeriksaan sendiri payudara.
Kulit kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh kanser payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan kuman. Ini merupakan tanda inflammasi pada kanser payudara.
Bandingkan kedua dua puting. Puting disebelah kiri (sebelah kanan gambar) tertarik ke dalam dan ini dinamakan ‘retraction’ atau penarikan. Gambar di sebelah kanan menunjukkan penarikan puting daripada sudut tepi.
Satu lagi contoh yang menunjukkan ‘retraction’ kepada puting, kali ini bersama ketumbuhan kecil di areola (iaitu kulit dikeliling puting) Terdapat juga penebalan dan kemerahan kulit areola.
Dua lagi contoh ditunjukkan di sini. ‘Peau d’orange’ adalah di mana kulit payudara kelihatan seperti kulit limau. Kulit limau Sunkist mempunyai lubang seperti ini, sebab itulah ianya dipanggil ‘peau d’orange’. Ini akibat bengkak di bahagian kulit seperti bendungan air di kulit. Payudara di sebelah kanan berada di peringkat menyerupai kulit limau yang lebih lanjut, dan juga terdapat kesan penarikan kulit dan puting ke dalam.

Peringatan: aku berharap gambar-gambar ini walaupun menakutkan anda, sebaliknya akan memberi idea bagaimana untuk mengesan kelainan di payudara anda masing-masing. 

2 comments:

Anonymous said...

Haii. akak baru nak update pasal penyakit nie :)

seraammm tengok

Unknown said...

thu xpe kak sya pun...tkot jgk...huhhuhu

 
Designed by: Ayesha Ramlee