Rasanya tak dapat disangkal lagi dengan fenomena drama Adam dan Hawa yang melanda sekarang macam demam tak kebah kebah semakin hari semakin panas. Walaupun ada yang tak sempat nak menonton di Astro 134 sebab tak ada saluran tu (macam saya) ,…kekangan kerja tidak menjadi masalah apabila dah tersuka dengan drama Adam dan Hawa. Peminat tegar Aaron Aziz pasti akan mencari drama ini
Mekasihlah pada yang rajin duk muatnaik tu.. saya takleh lah nak share sini link dia nanti astrok marah lak..jadi pandai2 lah ye cari.
Novel Adam Hawa yang dah lama ditulis dan diulang cetak lagi kerana sambutan yang memberangsangkan. Mungkin ada yang tak pernah tonton lagi drama ni..kemudian dengar kata kawan, diorang pulak duk buat review di opis, lepas tu blogger semua pakat review pasal drama Adam Hawa ni di internet..semuanya memberikan gambaran yang best pasal cerita ni…dari tak tengok rasa nak tengok sangat2 kan..kan?
Episod 24 ,25 paling saya nanti nantikan sebab Adam dan Hawa bertemu kembali di kota suci Mekah, selepas tak bersua muka sejak ditangkap khalwat tu. Best episod ni sebab ada perasaan kekok mereka sebab lama tak bertemu. Ain lakonan Nadiya Nissa yang paling mantop, berjaya membawa watak Ain yang semakin dewasa, ego dia pun masih lagi tebal. Ketegaq dia pun masih tebal dan tak makan pujuk…cian Adam.
Babak ni saya suka, semasa kat Mekah tu, Adam dan Hawa berjalan jalan meluahkan apa yang terbuku di hati, Adam yang tak habis habis mencuri lihat wajah Ain Hawani sampai terlanggar tiang..lawak part tu
Masa kat lif tu pulak, Adam cuba nak ‘ayat’ Hawa dengan ayat memujuk.. memuji Hawa, tapi Hawa tak makan saman la org kata…
Hawa walaupun dia benci Adam tapi masa depan mak mertua dia, dia baik je, hormat orang tua..so pengikat kuat di sini ialah mak mertua dia lah yang selalu memujuk dan menasihati Hawa supaya terima Adam.
Masa jumpa Adam, Hawa mempersoalkan tanggungjawab Adam yang dia sangka Adam dah abaikan dan dia percaya antara dia dan Adam dah tak ada ikatan suami isteri.
Review Novel Adam dan Hawa
Tak sabar nak lihat jalan cerita lagi..banyak lagi nak sampai 80 episod ni.. jadi nak reviewlah novel Adam Hawa sikit
Ain Hawani akhirnya mendapat tahu apabila ibu dia sendiri membuka rahsia yang Adam lah menyara dia semasa di Australia. Duit bulanan yang selalu dia tanya kat mak dia tu, memang duit dari Adam.
Hawa masih lagi tak percaya Adam dah berubah menjadi lelaki baik bukan lelaki yang playboy. Setelah melihat kebaikan dan perubahan Adam, barulah Hawa percaya yang Adam dah berubah, rasa benci yang selama ini dalam diri dia sudah hilang sikit demi sedikit dan timbul lah rasa cinta.
Akhirnya Hawa dan Adam hidup bahagia dan mendapat anak perempuan bernama Arissa Nurasyiqin.
Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Hawa ucapkan pada Hawa.
Happy ending
SINOPSIS ADAM DAN HAWA
Sebuah drama terbaru bertajuk Adam dan Hawa bakal ditayangkan di astro pada27 Ogos ini. Pelakon sudah dipilih untuk membintangi drama adaptasi dari novel karya Aisya Sofea ni.
Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.
Adam dan Hawa akan bersiaran di saluran Astro Mustika HD 134 dengan 80 episod , masa tayangan jam 10 malam, Isnin hingga Khamis.
Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).
Pengambaran dibuat di Mekah dan Perth, Australia.
Nampaknya penulis novel ni berani pilih pelakon yang tak berapa popular, jarang keluar tv ni, rezeki Nadiya Nissa dan anak dia lah ni.
alkisahnya
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakakAdam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.
Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak).
Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak).
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.
Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.
Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.
Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.
Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.
TAMAT
2 comments:
Adam dan hawa the best....
yesss the best of world 5 star.
Post a Comment