Saturday, 29 September 2012

SERANGAN ASTHMA ATTACK

Assalamualaikum,

Semalam insiden ditempat kerja berlaku apabila seorang kawan aku kena asthma attack , memang kelam kabut  dibuatnya dengan tempat kerja sibuk dengan  pembedahan , Selepas aku habis kes aku menyimpan barang - barang dalam ruang pemulihan kiranya dalam pukul 10am tapi mata aku tertumpu pada seorang pesakit yang duduk atas troli sambil sedut nebulizer , berapa kali aku tengok rupanya bukan pesakit tapi staff kak yuni masyallah.apahal pulak itu dengan dr.naim dan dr.amin sibuk berbincang dan ada sekali sister juga.



Pagi itu sebelum masuk kerja aku berjumpa siap gelak dan borak , tiba- tiba sahaja kena asthma attack masyallah sesuatu hendak berlaku sekelip mata sahaja,ok sekarang saya terangkan dulu apa itu asthma attack?Status Asthmaticus boleh didefinisikan serangan asthma yang sangat teruk dan ubat seperti inhaler biasa tidak memberi kesan apa-apa kepada serangan ini. Oleh itu ia berbeza dengan serangan asma akut biasa yang memberi respon kepada rawatan awal.Kejadian serangan asthma maut ini boleh berlaku kepada semua penghidap asthma terutama yang mempunyai serangan kerap dan tidak menjaga ubat-ubatan yang diambil untuk mengelak dari serangan asthma.Gejala Status Asthmaticus ialah nafas berbunyi (wheezing), sesak untuk bernafas dan tidak boleh menghabiskan satu ayat di dalam satu nafas. Oleh kerana pernafasan menjadi kerja yang sangat berat untuk mereka, otot di leher dan di dada mula bekerja dan anda dapat melihat otot ini tegang untuk membantu pernafasan.

gambar diatas adalah inhaler 
Bibir juga boleh menjadi biru akibat kekurangan oksigen dan peningkatan karbon dioksida di dalam darah dipanggil "cyanosis". Nadi yang pada awalnya laju kini menjadi semakin perlahan (perbezaan di antara asthma biasa dan status asthmaticus).

Sekiranya berlanjutan, pesakit tidak boleh bernafas langsung, bibir menjadi biru, malah "wheezing" sudah tidak lagi kedengaran.

"Wheezing" atau bunyi seperti seruling ketika menghembuskan nafas adalah karakter untuk asthma dan beberapa penyakit lain yang melibatkan masalah paru-paru. Ia berlaku apabila udara dipaksa melalui saluran pernafasan yang sempit dan menghasilkan bunyi tersebut.


Sekiranya tiada "wheezing" dalam serangan status asthmaticus adakah ini tandanya baik? Jawapannya tidak. Tiada wheezing bermakna saluran pernafasan telah tersumbat langsung sehingga tiada udara pun boleh melepasinya untuk menghasilkan bunyi.

Pesakit akan mengalami kekeliruan, rasa marah, semakin lemah dan akhirnya pengsan atau koma dan akhirnya membawa kepada maut.

Status asthmaticus adalah kes kecemasan. Rawatan diberi mengikut keadaan. Nebulizer dengan steroid dan bronchodilator (pembuka paru-paru) secara berterusan diberikan bersama-sama oksigen. Suntikan seperti anti histamine, steroid atau adrenaline diberikan.


Sekiranya teruk pesakit akan dimasukkan ke dalam ICU, diintubasikan dan bernafas menggunakan mesin.


OK kita sambung cerita kawan aku lepas itu kak yuni masuk ICU.Hari ini ( Jumaat ) dengar pula berita sudah discaj dan tolak masuk ward 4B aku pun pergi melawat dengan kawan - kawan yang lain sampai sahaja tengok kak yuni boleh bercakap seperti biasa gembira rasanya dan pabila dengar ceritanya sedih , serangan asthma yang teruk habis kaki menjadi keras dan tidak boleh bangun katanya, sedih pula dengar dia kata apalah nasib  dugaan menimpa diri ini aku pun perhatikan mata semua merah spontan aku pun merah juga dan airmata menitis. sunyi seketika.Sebelum aku balik sempat aku mengucapkan semoga kak yuni sihat seperti sediakala dan sembuh sepenuhnya....sambil mengurut badan dibelakang huwaaa :(:(:(....semasa jalan ke park  kereta sempat berdoa dalam hati semoga  kak yuni sihat dan terpikir kalau lah aku berada ditempat itu bagaimana rasanya sebabnya seben outstation mak n ayah jauh pulak sedara apatah lagi anak - anak macam mana pula stress rasanya kan...urmmm....YA ALLAH semoga segalanya dipermudahkan ALLAH mengerti segalanya.

p/s : Kita tidak akan tahu bila serangan status penyakit yang kita dapat serta adakalanya serangan datang tiba - tiba tidak mengira tua atau muda  boleh terkena kepada anda atau anak anda. Oleh itu berhati-hatilah.

Wallahu Alam.


2 comments:

THE AUTHOR said...

Aku tak der asma..kikiki.
Thanks good info

Unknown said...

Bkn asthma ker pykt lne pun bole example heart attack.....dan mcm2 lg *_~ heehhe

 
Designed by: Ayesha Ramlee