Tuesday, 6 November 2012

Go Gua Kelam

pintu masuk 

Sambung entry percutian menuju ke gua kelam balik dari wang kelian perlis sekadar mengimbau kenangan manis yang sempat dirakamkan samaada kamera video atau dari foto .


Salah satu gua yang paling menarik di Malaysia berukuran 370 meter panjangnya ,berhampiran pekan kecil kaki bukit yang dinamakan gua kelam.Salah satu nya jalan untuk ke gua ini ialah melalui jambatan kayu yg tergantung .Jambatan ini menghubungkan kaki bukit dengan lembahan  wan tangga iaitu sebuah lembah di hujung gua kelam.


siapa yang suka aktiviti lasak juga disediakan kalau tidak silap la.. huhuhu


jom kita teroka


ladies first..


SECRET GARDEN GUA KELAM


kalau hendak berkelah atau mandi disini


berbumbungkan kehijauan


dekat kandang rusa 


siap ada p/s "safety first" good..good..good just remember sape2 yg masuk disini +_+

memang best la ke sini tapi yang sedihnya tidak boleh naik keretapi jer takpe next time repeat balik heehhee...kalau yang hendak mandi manda dan berkelah boleh la datang sini ..huhhuuh
Untuk destinasi aku seterusnya ke padang besar tiada gambar pun di snap sbbnya niat hendak menyinggah tapi ada sahaja barang yg dibeli itu lah  perempuan...hehehehehe.

Saturday, 3 November 2012

WANG KELIAN PERLIS

Kalau balik kampung jer ada sahaja destinasi yang kami hendak tuju semestinya sudah ada dalam plan,destinasi kami ke Wang Kelian Perlis dan Gua Kelam sambil tu singgah di Padang Besar.Panas sangat la tempat ini mungkin hampir 40 darjah celcius.wang kelian ini tempat membeli belah barangan siam berkonsepkan gerai di tepi jalan.Apa yang "special" tempat ini ialah kita boleh masuk sempadan thailand tanpa menggunakan pasport hanya untuk hari sabtu dan ahad sahaja.Insyallah takde bom kot..hehehe.kami sempat pergi pada hari ahad tiba pada pukul 11.00 pagi.Memang banyak bas persiaran,van sewa serta motor samaada dikawasan Perlis atau Thailand.Maksudnya banyak gak la pelancong dari Malaysia dan Thailand yang membeli barangan kat sini.murah ker? barangan kat sini..rasanya sama jer dengan Padang Besar ,tapi barang seperti beras,ikan bilis dan beberapa barangan lain boleh dikatakan murah. Nampak majoriti peniaga adalah siam.diorang boleh bercakap melayu tapi sikit-sikit jenuh jugak la nak berbicaraSebenarnya tempat ini sama jer dengan pasar siang cuma xde jual bahan basah jer  apepun yang menyebabkan tempat ini terkenal kerana BOLEH MASUK SEMPADAN SIAM TANPA PASPORT..itu jer kot trademark wang kelian.


park car

 

jauh gak la hendak berjalan


akibat penat berjalan memandangkan masih jauh dengan panas aku mengambil keputusan naik motor dengan bayaran rm2 masuk ke sempadan Thailand.


WELCOME THAILAND


Dah jadi macam pesta pulak bila tengok ramainya manusia yang bershopping dan ber"window shopping" .. Gaya ja macam shopping sakan sebenarnya tangkap gambar yang lebih. hehe.. So, sapa-sapa yang tak biasa pi, bolehlah try pi sekali ke Wang Kelian ni.. 

sawadikap kup kap


I'm here Thailand 


kenangan yg dibawa pulang  dari thailand yohuhuhu vios limited edition wrna pink  siap ada no plat gitu.heheehe

bubbye wang kelian perlis insyallah kalau ada rezeki kami sampai lagi...
amin sekian. 

 
Designed by: Ayesha Ramlee