Thursday, 27 June 2013

KENANGAN BERSAMAMU


Assalamualaikum dekat mana ia aku hendak mulakan sebelum itu al-fatihah buat nenekku yg tercinta pergi buat selamanya semoga rohnya ditempatkan org yg soleh dan solehah amin!plan bercuti dikampung yg tidak menyeronokkan kerana perasaan sedih menyelubungi hatiku...walaupun aku senyum tapi tidak bermakna aku tidak sedih.

Kenangan bersama arwah memang banyak mana tidaknya arwah yang menjagaku sejak aku merah lagi sampai la besar....tinggal bersama beliau apa yg dilalui aku bersamanya banyak menyimpan sejuta kenangan yg tidak dapat diungkap dan diterjemahkan serta makan minum aku beliau yg tanggung.

Arwah seorang yg periang , tidak kedekut dan disenangi oleh semua org disekeliling teringat aku dahulu sebelum hendak pergi sekolah arwah akan mengikat tocang dirambutku dan menyapukan minyak kelapa dikepala aku..:( serta paling tidak dapat aku lupakan setiap kali aku cuti sem dan mahu pulang ke asrama balik

dialog : didapur waktu itu nek masih boleh memasak seblum kena strok.

arwah nenekku :  "epah nah duit pakai la utk buat belanja  "

 cucu   :" eh!duit apa nie nek kan org bg kt nek nape bg epah xpe duit ptptn masih ada lagi "

arwah nenekku : " xpe utk engkau buat belanja nnt kau dah senang bukan aku mintak ganti sekadar    
                          engkau dtg melawat aku dan ingat aku sampai bila2."

              cucu  : " terima kasih nek.mmuah "( singgah satu kucupan didahinya )

Walaupun rm20 ringgit beliau berikan wktu itu cukup utk tambang balik aku ke asrama , sampai ke hari ini aku tidak boleh melupakan kata2 beliau. Sedekah dan melawat itu aku amalkan sehingga aku sudah menjadi isteri orang pun.

Peristiwa first time nek kena strok :
Waktu itu nek tgh mengangkat air sembahyang hendak sembahyang maghrib tangan tiba2 kebas dan memanggil nama atok dan aku ,lepas jer kami tgk nek sudah terlantar di tandas dan dalam keadaan mulut senget aku mengelabah dan trus trun pergi ke kedai mak dan memberitahu apa yg berlaku , banyak diikhtiar agar nek kembali sembuh oleh anak2nya dan alhamdullillah sikit - sikit ia kembali pulih tidak sepenuhnya..kalau tidak silap aku 21 tahun nek sakit...ikut kiraan dan beliau pergi umurnya 85 thun...sakit peningnya serta stroknya semua dipikul oleh atok setia menjaganya hingga keakhir hayat cuma utk selepas atok buat 'operation' tidak larat utk mengangkat nek dan tugas diambil alih oleh anakknya norita yg kami panggil awe beliau yg byk membantu dan memasak serta menjaga nek dikala sakit dan tidak lupa anak2 yg lain manakala mak aku plak hari2 menziarahi serta melawat tgk keadaan nek kadang2 membeli apa kesukaan makanan beliau serta cucu cicitnya juga.

THROWBACK ; 18062013

Datang melawat nenek waktu itu terlantar dan tidak boleh bangun hnya minum air masak itu pun dengan sudu dan mata tertutup keadaan dlm lemah hnya mendengar apa yg org ckp shj...suamiku meminta izin kepada nek utk membawa aku pulang ke kampung kata awe ( makcikku ) airmata meleleh...kiranya dia dgr apa yg suamiku katakan...dan aku menguncup tgn dan mencium dahinya minta maaf dan ampun serta halal kan makan minumku selama penjagaanku dibawahnya hnya tuhan shj yg dpt membalas jasamu ( nek ) airmatanya sekali lagi meleleh dan aku sapukan serta memegang erat tangannya , matanya membuka sedikit dan mengelip2 walaupun aku tahu dia tidak nampak dan samar2 tapi..itulah kali terakhir aku menatapnya bersama anakku farisya .

THROWBACK ; 200613

Telefon berdering wktu itu di kuala perlis..jam 145pm adikku eton telefon mengatakan arwah pergi buat selamanya meninggal jam 1245pm hati luluh dan linangan airmata membasahi pipi memandang kearah suamiku...tanpa berkata dan terdiam seketika sambil berpikir...."kring...kring...kring....' nset biasa jer kedengaran lagi kali ini adiiku sharidah plak memberitahu kepala tiba2 menjadi sedikit sakit dan bertali arus plak telefon suamiku pula.....:( tapi aku tidak sempat balik tgk jenazah katanya kebumi pukul 6pm disebabkan masalah yg tidak dpt dielakkan hari ketiga kenduri aku balik dan hari keempat pagi aku dtg menziarahi kubur utk sedekahkan yasin...bersama suami dan anakku.

Kesimpulannya aku sangat menyanyagi beliau sehingga hujung nyawa.....setiap kenangan itu aku abadikan selamanya....yg pergi ttp pergi sesungguhnya mati itu adalah pasti , tidak akan terlewat atau lambat walaupun sesaat ALLAH S.W.T mengetahui segalanya...kita yg hidup perlu teruskan kehidupan hnya sekelumit doa dan yasin dibekalkan kepada mereka disana amin !


                     Gambar: Salam Subuh genap 7 hari pemergian nenek tercinta...walaupun xsempat menatap wajah buat kali terakhir rinduku padanya ttp menjadi ingatan selamanya Ya Allah semoga rohnya ditempat golongan org2 yg solehah disana!Amin#yasin#:'(


Hanya bingkisan kerinduan tatapan bersamamu...sepanjang hayat



farisya wif moyang..:( rindu bertaut tatkala menatap gambarmu ..alfatihah 


 
Designed by: Ayesha Ramlee