Tuesday, 30 October 2012

Raya Haji 2012

Raya haji tahun nie aku cuti panjang lagi.tapi first raya haji aku beraya dirumah mak aku
dulu sebabnya sang suami masih bekerja hari khamis dan balik kerja pun lambat pukul
8pm so tunda balik petang raya


preparation untuk raya haji simple jer pakai ape yang ada...jimat kan huhu abes jer salam
bersalaman serta makan2 dirumah bonda dan nenda aku terus pulang ke kampung sang
suami di semanggol perak.

Dalam perjalanan memang syok la driver sebabnya jalan tidak sibuk sangat.aku sampai pun dalam pukul 4 pm.Sampai2 jer semua ada adik beradik sang suami dan ipar kami
bersalaman dan berborak2.

Malam raya haji aku,mak mertua dan kakak ipar duduk santai semua layan la telemovie
istimewa aidiladha :Tersalah Cinta.

Cerita nie memang lawak ada part pengajaran dan keinsafan juga terselit plus ambience
kota suci mekah so aku boleh layan cerita ini sampai abes okehhh...
selamat raya haji semua

Tuesday, 23 October 2012

Sekilo RM55.00, Terkejut Ke?

Baru balik dari pasar malam presint 2 .. G beli barang basah jap tadi . Serius, memang x rugi pergi pasar sebab ada udang galah, ketam nipah dan pelbagai seafood kesemuanya fresh. Selama ni, kalau pergi ikut musim kalau ada banyak memang menimbun tapi kalau xde mmg susah nak carilah.

Aku memang kemaruk dengan udang galah , ya ampun memang sedap la makan dengan nasi yang panas...tapi aku dengar udang galah kalau makan boleh kena gout manakala dibahagian kepalanya kalau makan boleh dapat kolestrol itu yg sedap....sebenarnya klu kita makan seafood ari2 yg boleh  membawa kepada penyakit.

ok nie dia udang galah sebabkan nk mkan  punya pasal sekilo RM55.00... kalau sudah pencinta seafood mahal pun sanggup kan...kan..kan janji sedap makan...


before cook 


tadaaaaa... after cook.....

geram x tengok?so ape tggu lagi beli lah, udah gaji kan kome.. sekali sekala makan tidak menjadi satu masalah..T_T

Selipar Facebook, Twitter dan Youtube

Inilah pengaruh dan kuasa Social media, Selipar Twitter, Facebook, dan Youtube sungguh Cool sekali. Gambar diambil di salah satu kedai di Ipoh Parade, Ipoh. Cool kan? Hehehe. Suka ak tengok selipar-selipar dan kasut ni. Kepada owner-owner gambar tersebut. mintak halal jangan marah ye aku amek buat simpanan. If berkesempatan aku nampak semua ni sure aku akan beli. 
Agak-agak korang pakai tidak selipar berjenama bloggers Popular tak? ini kot selipar laman social yang terbaru but nice orange colour sehhh ",)

PENGGUNAAN SF BEAUTY

Sudah seminggu aku menukar pencuci muka sf beauty hasil dari tengok kawan pakai terus terpikat kerana boleh menghilangkan jeragat dan memutihkan muka.Alhamdullillah aku pakai setakat nie tiada masalah cuma dua tiga hari sebelum ini jer kulit mengalami mengelupas tapi aku tetap teruskan penggunaannya.

produknya rm120 sahaja ada 3 item iaitu pencuci muka , krim malam dan krim siang .

ok sebelum itu mehh aku cerita tentang produk sf beauty sedikit supaya korang tahu ia bertindak meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan  sel-sel baru , merencatkan proses penuaan , mengurangkan garis- garis halus , menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda senantiasa.Mengandungi vitamin E untuk merawat muka dengan menghilangkan jerawat ,jeragat ,bekas jerawat ,mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit.Bawah ini ada blog kawan aku yang jual produk sf beauty dan sape2 yang berminat boleh menghubunginya...


selepas seminggu pakai sf beauty wajah di atas itu kulit mengalami mengelupas tapi tidak la teruk sangat


hari yang ke-9 hasilnya  hanya mengenakan bedak sahaja dan eye liner

p/s : cubalah produk ini pasti puashati dengan hasil yang diperolehi kecantikan adalah hak milik kita ",)




Saturday, 20 October 2012

HOT DRAMA ADAM & HAWA


Rasanya tak dapat disangkal lagi dengan fenomena drama Adam dan Hawa yang melanda sekarang :) macam demam tak kebah kebah semakin hari semakin panas. Walaupun ada yang tak sempat nak menonton di Astro 134 sebab tak ada saluran tu (macam saya) ,…kekangan kerja tidak menjadi masalah apabila dah tersuka dengan drama Adam dan Hawa. Peminat tegar Aaron Aziz pasti akan mencari drama ini
Mekasihlah pada yang rajin duk muatnaik tu.. :) saya takleh lah nak share sini link dia nanti astrok marah lak..jadi pandai2 lah ye cari.
Novel Adam Hawa yang dah lama ditulis dan diulang cetak lagi kerana sambutan yang memberangsangkan. Mungkin ada yang tak pernah tonton lagi drama ni..kemudian dengar kata kawan, diorang pulak duk buat review di opis, lepas tu  blogger  semua pakat  review pasal drama Adam Hawa ni di internet..semuanya memberikan gambaran yang best pasal cerita ni…dari tak tengok rasa nak tengok sangat2 kan..kan?   :)
Episod 24 ,25 paling saya nanti nantikan sebab Adam dan Hawa bertemu kembali di kota suci Mekah, selepas tak bersua muka sejak ditangkap khalwat tu. Best episod ni sebab  ada  perasaan kekok mereka sebab lama tak bertemu. Ain lakonan Nadiya Nissa yang paling mantop, berjaya membawa watak Ain yang semakin dewasa, ego dia pun masih lagi tebal. Ketegaq dia pun masih tebal dan tak makan pujuk…cian Adam.
Babak ni saya suka,  semasa kat Mekah tu, Adam dan Hawa berjalan jalan meluahkan apa yang terbuku di hati, Adam yang tak habis habis mencuri lihat wajah Ain Hawani sampai terlanggar tiang..lawak part tu :)
Masa kat lif tu pulak, Adam cuba nak ‘ayat’  Hawa dengan ayat memujuk.. memuji Hawa, tapi Hawa tak makan saman la org kata…
Hawa walaupun dia benci Adam tapi masa depan  mak mertua dia, dia baik je, hormat orang tua..so pengikat kuat di sini ialah mak mertua dia lah yang selalu memujuk dan menasihati Hawa supaya terima Adam.
Masa jumpa Adam, Hawa mempersoalkan  tanggungjawab Adam yang dia sangka Adam dah abaikan dan dia percaya antara dia dan Adam dah tak ada ikatan suami isteri.
Review Novel Adam dan Hawa
Tak sabar nak lihat jalan cerita lagi..banyak lagi nak sampai 80 episod ni.. jadi nak reviewlah  novel Adam Hawa sikit
Ain Hawani akhirnya mendapat tahu apabila ibu dia sendiri membuka rahsia yang Adam lah menyara dia semasa di Australia. Duit bulanan yang selalu dia tanya kat mak dia tu, memang duit dari Adam.
Hawa masih lagi tak percaya Adam dah berubah menjadi lelaki baik bukan lelaki yang playboy. Setelah melihat kebaikan dan perubahan Adam, barulah Hawa percaya yang Adam dah berubah, rasa benci yang selama ini dalam diri dia sudah hilang sikit demi sedikit dan timbul lah rasa cinta.

Akhirnya Hawa dan Adam hidup bahagia dan mendapat anak perempuan bernama Arissa Nurasyiqin.

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Hawa ucapkan pada  Hawa.

Happy ending

SINOPSIS ADAM DAN HAWA
Sebuah drama terbaru bertajuk Adam dan Hawa  bakal ditayangkan di astro pada27 Ogos ini. Pelakon sudah dipilih untuk membintangi drama adaptasi dari novel karya Aisya Sofea ni.
Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.
Adam dan Hawa akan bersiaran di saluran Astro Mustika HD 134   dengan 80 episod , masa  tayangan jam 10 malam, Isnin hingga Khamis.
Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).
Pengambaran dibuat di  Mekah dan Perth, Australia.

Gambar Nadia Nissa dengan penulis novel Adam dan Hawa, Aisya Sofea.
Nampaknya penulis novel ni berani pilih pelakon yang tak berapa popular, jarang keluar tv ni, rezeki Nadiya Nissa dan anak dia lah ni.

Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz pilot
alkisahnya
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakakAdam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.


Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.


Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak).
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.


Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.


Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.
Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

:)  TAMAT


Thursday, 18 October 2012


Nuffnangx Kini bakal Panas seperti Instagram


Salam..
20120918 085411 Nuffnangx Kini bakal Panas seperti Instagram
Korang mesti dah tahu kan baru – baru ni nuffnang ada melancarkan aplikasi terbaru iaituNuffnangx yang mana boleh diaccess sekiranya korang merupakan pengguna Android dan Apple IOS. Mudah jek kalau pengguna samsung macam aku pergi jek kat Playstore taip NUFFNANGX lepas tu download. Kali ni aku nak bagi brief sikit bagi korang yang memang suka online via smartphones. 
Apa benda Nuffnangx ni? Mesti ramai yang blur tapi aku cuba fahamkan untuk korang walaupun aku masih baru. Nuffnangx ni kiranya aplikasi lebih kurang instagram atau senang ceritanya kita boleh panggil sebagai Instablog. Maksud aku, kalau sebelum ni setiap masa korang ambik gambar upload kat instagram tapi kali ni setiap kali online time tengah upload tu haaaa boleh buka blog yang korang suka siap boleh tahu news terkini dengan pantas tanpa buka laptop.
nuffx Nuffnangx Kini bakal Panas seperti Instagram
Nuffnangx kiranya chanel terbaru yang memudahkan korang membaca apa saja maklumat dari blog yang korang suka contohnya artis, fitness, memasak siap korang boleh tahu blog mana yang tengah memberikan content menarik untuk difollow.
 Nuffnangx Kini bakal Panas seperti Instagram
Kenapa aku nak korang register? Haaaa bagi mereka yang rasa nak menang duit FREE USD10, 000, inilah masanya dengan mintak kawan – kawan follow blog dan boleh menang duit tanpa pening kepala. Tawaran ni tak lama pun cuma sebulan jek dengan download aplikasi Nuffnangx kat smartphones lepas tu search pahfau.com  Alaaa kalau korang baik hati kan, mehlaa follow blog aku. Hikhik

20120918 214857 Nuffnangx Kini bakal Panas seperti Instagram
Lepas instal Apps Nuffnangx kat smartphones terus register dengan facebook dan boleh pilih blog mana yang korang suka baca tapi jangan lupa blog aku sekali. Banyak kali nih ingatkan korang. Tak menang tak tahu lah. ^_^
2012 09 21 21 50 39 deco Nuffnangx Kini bakal Panas seperti Instagram
Gambar ni aku amek dari google jek. Haaaaa nampak tak Icon Nuffnangx tu? Dah keluar icon tu kiranya lepas ni, setiap kali online bolehlaaa baca blog setiap masa di mana saja. Kepada yang follow blog aku, terima kasih tau. Sayang korang sangat. Heeeeeee.
P/s: Kepada yang belum instal tu, apalagi jomla join sekarang. Nanti orang lain dah demam Nuffnangx dulu korang baru terhegeh-hegeh kan dah tak best? Mehlaa jadi antara yang terawal install aplikasi best ni ye!

Wednesday, 17 October 2012


Galaxy Note II Bakal Dilancarkan 19 Oktober 2012?


Waaaarghhhhhhhhh nak menjerit pun ada bila baca dari beberapa sumber mengatakan Samsung Note II bakal dilancarkan pada 19 Oktober 2012 nih. Giler ahhhhh rasa nak rembat satu. Buat masa ni yang aku dengar cuma Celcom akan merasmikan telefon ni pada tarikh tersebut telco lain? Aku tak pasti pulak!

Ada sumber mengatakan Celcom bakal menawarkan telefon dengan Plan yang tersangat murah. Paling best ada jugak yang mengatakan pada hari perasmian Samsung Galaxy Note II ni akan ada banyak freebies dan cabutan bertuah akan diberikan. Aku nak kongsi serba sedikit info tentang Samsung Galaxy Note II dengan korang;
 Samsung Galaxy Note II menjanjikan kelajuan dan experience yang lebih best dari yang sebelumnya yang mana kalau korang belum tahu Samsung Galaxy Note II ni menawarkanAndroid 4.1 (Jelly Bean) dan 1.6 GHz quad-core processor. Dengan skrin 5.55” HD Super AMOLED pastinya korang akan lebih seronok untuk melukis, menulis note, main games dengan lebih feeling dan banyak lagi fungsi yang bakal membuatkan korang tersenyum bangga.
Plussss dengan Kamera 8Mp haaa tak payah risau dah nak beli kamera lagi tapi paling best sebab Galaxy Note II nih dilengkapi dengan 64GB via microSD. Amacam? Besar gila space dia jadi sesuailah untuk korang yang suka bergambar, upload file dan jugak download movie. Nak lebih info tentang Samsung Galaxy Note II nih, korang boleh masuk sini :

Saturday, 13 October 2012


Tips untuk membezakan perfume tiruan and original :

Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original?sebenarnya yang ajar aku ini adalah kawan aku semalam petang waktu kami tiada kes...Terima kasih kepada kawan aku kerana menyampaikan ilmu yang berguna.Thought that I'd share so you guys won't get cheated by any unauthorized perfume dealer in future.Mari bereksperimen bersama pahfau *_^.

1. Ambil botol perfume
2. Terbalikkan botol itu (Turn the bottle upside down)
3. Goncang laju-laju (Shake it)
4. Nanti akan keluar buih (Bubble will appear)
5. Apabila buih sudah keluar, lihat pula masa yang diambil untuk buih tersebut hilang.

Hypothesis : Semakin cepat buih hilang daripada pandangan mata anda, semakin tiruan perfume itu.

Penjelasan : Buih cepat hilang kerana ratio kandungan solute dan solution di dalam perfume itu adalah sangat berbeda. Dalam erti kata lain, perfume itu banyak di campur air. Kerana itu, ia dipanggil tiruan kerana ia cair dan tidak tahan lama. Jikalau perfume original, buihnya mengambil masa yang agak lama untuk hilang kerana ratio kandungan solute dan solutionnya tidak jauh berbeda (pekat). 

Untuk melihat perbezaan yang ketara, sila bandingkan buih perfume RM35 dengan perfume RM260. Then you got what I mean. Selain itu, anda harus membandingkan perfume dengan perfume (EDP). Bukan perfume dengan Eau de Toilette (EDT) mahupun Body Mist. Ini kerana setiap satunya mempunyai concentration value yang berbeza.

There you go,Now go and get your mummy perfume and try this cool experiment!


Tuesday, 9 October 2012

Placenta / Uri.

Semua org tau kot ape 2 uri? Kalau yg xtau, uri 2 adalah -A temporary organ joining the mother and fetus, the placenta transfers oxygen and nutrients from the mother to the fetus, and permits the release of carbon dioxide and waste products from the fetus. It is roughly disk-shaped, and at full term measures about seven inches in diameter and a bit less than two inches thick. The upper surface of the placenta is smooth, while the under surface is rough. The placenta is rich in blood vessels. The placenta is expelled during the birth process with the fetal membranes; together, these structures form the afterbirth .

Ini bererti selepas melahirkan bayi, placenta jugak akan keluar. Biasanya selepas melahirkan, pihak hospital akan berikan uri ini kpd kaum bapa utk dibawak pulang dan uruskan sendiri dengan cara masing2.. Apabila di bawak pulang seelok2nya uri tersebut di bersihkan dengan sebersih2nya dan di tanam dengan sempurna supaya tidak di makan binatang2 spt anjing atau kucing. Sebagai orang melayu kite xboleh lari daripada adat / ajaran/ pantang larang nenek moyang kita.. Teringatkan petua nenek aku dan orang dulu2. Waktu itu bapa aku berikan uri kepada nenek aku, nenek aku pun bersihkan dengan cara dia tersendiri , nenek  serahkan kepada bapa aku  untuk di tanam dengan sempurna. Jadi cara-cara bersihkan die mcm biasa je, selawat 2 penting utk buat apa2 pun.. bila dh bersih kena letak garam n asam jawa (katanye supaya uri 2 xbusuk nanti bau hanyir )lepas itu bapa aku tanam depan rumah nenek sebelah pokok dan pasang lilin selama 3 hari kalau tidak silap aku.

Ok, beberapa petua nenek moyang kite yg di ketahui..
  1. Kalau uri xdibasuh dengan bersih kelak bayi yang lahir 2 nnti akan berkudis, kotor dan berpenyakit.
  2. Kalau tanam n uri 2 diletakkan di dlm tin/bekas yg besar spt tin milo, anak 2 nanti perutnye besar n die akn menjadi gemok. Kalau letak dlm tin/bekas kecik nnti perut baby 2 kecik dan kurus lah anak tersebut.
  3. Kalau nk anak terang hati, 3mlm berturut2 pasangkan lilin di atas tmpt tanam 2.
  4. Kalau nk anak 2 tajam akalnye letakkan pensil yg di asah tajam.
  5. Kalau nak anak 2 cepat laku/kawin tanam di tempat org senang nampak sperti di laman rumah / di tepi2 jalan.)
  6. Kalau nak anak 2 menjadi anak yang baik, tanamkan uri 2 di masjid.
  7. Kalau tgh tanam uri 2, if ada org tegur, jgn toleh (Alasan nnti takut anak 2 teleng / juling.)
  8. Kalau nak tanam 2 pakai kemas2 n utk anak perempuan makeup cantik2 (Alasan supaya anak 2 nanti menarik iaitu kacak / cantik.)
  9. Kalau tanam uri 2, jangan tindih bayang2 (alasan takut anak 2 nanti hitam di bhgia depannya.)
Dan mungkin u allz pena dengan ini benda pelik2.. Hihi.. Xlogik kan semua 2, tp itu lah pantang larang / petua nenek moyang kita. Time aku dulu nenek yg uruskan uri, di tanam di depan rumah lepas itu pasang lilin sbb itu hati aku terang kot ahakk .Apa2 pn semua 2 cuma petua org dulu2, Bukan xbg amalkan, boleh nak amalkan sbb mmg elok pun untuk basuh bersih2 dan sempurnakannya dgn baik kerana itukan sebahagian drpd darah daging kita? Tetapi bukan untuk mempercayainya krn takut membawa kpd syirik pulak nanti.. Semua pada diri kita bukan bergantung kpd uri, tetapi bergantung kpd didikan ibu bapa kita, sekeliling kita dan diri kita sendiri..

Bila cerita tentang uri ini ada juga yang kata  bagus untuk kecantikan tapi aku pun tidak berapa tahu sangat la tapi pernah juga dengar doktor-doktor bercerita.....lepas itu pula kalau dekat tempat kerja bila ada sahaja pesakit yang lakukan pembedahan bersalin mesti nurse akan terus bagi kepada bapa kerana ditakuti  uri hilang...manakala ada juga petua mengatakan di uri juga kita boleh menentukan bilangan anak kita....kiranya banyak juga petua tahu dengan tidak tahu sahaja....


. Bagi yg tidak kenal, Ini adalah placenta atau  uri .



Ini dia.





Expression

every face there is a smile and a story to tell
first expression

now expression

Yep..It was a good job! again!
ahahah..
aha! konon2 nak pergi kerja dan buat kerja la..skali.....hahah!....done 10 minit..tangkap gambar lebeyh.....lemak2 sudah bergelora......haahahh! ader muke terkejot dan sebagainya.
lot of unique and exquisite expression
Angst filled,happy,excited,terrified,serious,craziness,hyper,frisky...
This is the face.Face that somehow explain people's emotion.face without words.Just expression still same job nurses and department operation theathre but different location hospital....

OH LAWAK

GAMBAR HIASAN

Dalam dunia ini kalau lelaki yang minat kucing memang ohsem gila la..., perempuan kalau tau lelaki suka dan bela kucing mesti akan cepat jatuh cinta sebab bagi seorang perempuan lelaki yang bela kucing ini mempunyai jiwa yang sangat lemah lembut...majoriti lebih kepada perempuan ahak ada yang mengangguk kepala tanda setuju dengan fakta aku..('',)
kecoh je lebih padahal aku pun takda bela kucing hihi.., tapi agak respek jugak la kalau lelaki yang bela kucing ni.., 
************************

KISAH BENAR
Al Kisah gua nak cerita ini ialah mengenai kucing digilis kereta...!!

Lokasi : Presint 15
Masa : Tak ingat

Pada suatu hari kisah tragis ini telah terjadi pada aku.., sedang duduk sambil meneguk air milo ais kurang ais menggunakan cawan milo free, tiba-tiba tengok ada seekor kucing yang umurnya tidak pasti berapa.
Dia main kejar-kejar dengan lipas..biarkan sahaja sambil meneguk seteguk lagi milo ais.., selang beberapa minat lepas itu entah macam mana lipas itu lari tengah jalan aku pun biarkan sahaja..,
Entah kucing itu bangang ke apa.., dia pergi kejar jugak lipas itu.., dalam pada masa yang sama kebetulan ada kereta lalu.., kucing itu dengan tidak perasan tiba-tiba PANG...!!!!!
Kucing itu kena gilis dengan kereta itu sampai lenyek.., kesian gila kot..!!! lepas itu boleh pulak lipas itu gelak..!!! siot betul..!!! lalu hati kecil  berkata
"bodoh punya cerita Oggy and The Cockroaches"
lepas itu terus tutup TV...('',)
*sumber dari kartun jam pukul 2pagi layan bersama isya*
Sekian...Peace (^_^)
p/s :  korang ada bela kucing dak..??


Sunday, 7 October 2012



Kisah Keluarga Kecil

Hello October

Bz....bz...bz....dengan kerja dan banyak hal hari ini baru sempat hendak berblog....cuma short blog just buat power point untuk kesinambungan cerita " HELLO OKTOBER ".. hehehe

time's up i'm 1 year now....pic celebrate birthday dis gurl di teratak bonda keramat

the way , she act

auhhhh...auhhhh..auhhhh 

1year 's 2 month ago
smile...smile...smile

1 year 6 month.....

Wednesday, 3 October 2012

Hello Oktober

Oh!Anakku Membesar

Ku pohon kekuatan dari Allah untuk mendidik anak- anakku ini agar menjadi anak yang solehah dan mendengar kata...tidak tinggalkan kepada Allah dan sentiasa taat dan patuh kepada  perintahNya...ameen ya rabb...

hari pertama and her name is Farisya Insyirah Bt Ahmad Fauzi lahir 13/4 Anugerah Allah yang tiada ternilai menambah kekuatan dan semangat kami :)

hari ke - 20 isya membesar dengan sihat semoga kehadiran mendapat barakahMu Amin Ya Rabb

pelengkap hidup waktu ini berusia 2 bulan

my baby my love my sweet my daugther, 3 bulan

isya menjangkau 4 bulan sudah boleh memegang anak patung pooh..

waktu ini isya berusia 5 bulan boleh menyiarap dan duduk diampu..

my baby now 6 month a go..free style

7 bulan berlalu....

8 bulan with ayah gambar nie di kuantan pahang di salah sebuah hotel waktu ini ada kursus terpaksa bawa isya kerana dia masih menyusu badan..

9 bulan

10 bulan baru hendak memapah belum lagi berjalan sepenuhnya

ha yang ini pula bila sudah dapat kaki habis dipanjatnya...11 bulan ok kita sambung next entry ia pasal Farisya Insyirah Bt Ahmad Fauzi

 
Designed by: Ayesha Ramlee