KETAM 3 RASA
Masak 3 rasa tak kisah ikan ke , udang ke ketam ke..mesti sedap punya..Sebabnya semua rasa dah ada, masam, manis, masin, pedas..bau pun wangi membuka selera..
Resepi kali ni ketam 3 rasa, selepas blik dari pasar presint 8 semalam. Barula ada masa nak masak..=)
Resepi saya:
Bersihkan ketam. Bawang merah dadukan, cincang halus bawang putih, cili padi, halia, serai dan tomato. Mula2 tumis bawang merah sampai wangi, masukkan bahan2 yang dihiris kecuali tomato dan nenas. Masukkan juga daun limau purut. Biar sampai pecah minyak sikit barulah masukkan tomato dan nenas. Tambahkan air, kicap manis, cili sos, tomato sos, dan sos tiram. Kalau pekat sangat masukkan air lagi sedikit dan masukkan ketam. Tutup kuali sekejap. Kacau, tambah garam dan serbuk pati ayam. Kalau kulit dah merah dan kuah pun dah pekat sikit tutup api dan sedia untuk dihidangkan makan dengan nasi panas2 sedap sehingga menjilat jari..=)
SAYUR GORENG JAWA
Sejak terpandang kawan masak sayur goreng jawa di tempat kerja sya pun teringin nak makan .. ..biarpun x cukup bahan sbb guna apa saja yg ada didapur, jadilah sayur goreng jawa seadanya.... rasanya kalau x de tempe boleh ke bagi nama sayur goreng jawa jugak?...org jawa kan popular dgn tempe..hheeheh
my resepi
3 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( potong dadu dan di goreng )
1 keping tempe ( potong dadu dan goreng )
5-6 batang kacang panjang@buncis ( hiris menyerong nipis nipis)
3-4 biji lada hidup ( dipotong nipis2)
1 paket kecil suun – ( rendam dan di potong sedikit )
1 paket kecil tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1/2 cawan udang sederhana besar ( boleh gak tambah daging tetel,hati, pedal ikut suka )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit kicap manis
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Minyak secukupnya
serbuk perasa secukupnya
Cara Penyediaan
1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada hidup hiris hingga wangi.
2. masukkan udang hidup @ bhn2 seafood yg lain.tumis sebentar kemudian masukkan sayur-sayuran,tempe, tauhu kering dan bahan2 yang telah di goreng tadi!!
3. Masukkan kicap,santan serta suun.kacau rata kemudian masukkan garam, perasa dan kacau rata.
4. Bila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.
selamat mencuba +_+