Saturday 29 September 2012

SERANGAN ASTHMA ATTACK

Assalamualaikum,

Semalam insiden ditempat kerja berlaku apabila seorang kawan aku kena asthma attack , memang kelam kabut  dibuatnya dengan tempat kerja sibuk dengan  pembedahan , Selepas aku habis kes aku menyimpan barang - barang dalam ruang pemulihan kiranya dalam pukul 10am tapi mata aku tertumpu pada seorang pesakit yang duduk atas troli sambil sedut nebulizer , berapa kali aku tengok rupanya bukan pesakit tapi staff kak yuni masyallah.apahal pulak itu dengan dr.naim dan dr.amin sibuk berbincang dan ada sekali sister juga.



Pagi itu sebelum masuk kerja aku berjumpa siap gelak dan borak , tiba- tiba sahaja kena asthma attack masyallah sesuatu hendak berlaku sekelip mata sahaja,ok sekarang saya terangkan dulu apa itu asthma attack?Status Asthmaticus boleh didefinisikan serangan asthma yang sangat teruk dan ubat seperti inhaler biasa tidak memberi kesan apa-apa kepada serangan ini. Oleh itu ia berbeza dengan serangan asma akut biasa yang memberi respon kepada rawatan awal.Kejadian serangan asthma maut ini boleh berlaku kepada semua penghidap asthma terutama yang mempunyai serangan kerap dan tidak menjaga ubat-ubatan yang diambil untuk mengelak dari serangan asthma.Gejala Status Asthmaticus ialah nafas berbunyi (wheezing), sesak untuk bernafas dan tidak boleh menghabiskan satu ayat di dalam satu nafas. Oleh kerana pernafasan menjadi kerja yang sangat berat untuk mereka, otot di leher dan di dada mula bekerja dan anda dapat melihat otot ini tegang untuk membantu pernafasan.

gambar diatas adalah inhaler 
Bibir juga boleh menjadi biru akibat kekurangan oksigen dan peningkatan karbon dioksida di dalam darah dipanggil "cyanosis". Nadi yang pada awalnya laju kini menjadi semakin perlahan (perbezaan di antara asthma biasa dan status asthmaticus).

Sekiranya berlanjutan, pesakit tidak boleh bernafas langsung, bibir menjadi biru, malah "wheezing" sudah tidak lagi kedengaran.

"Wheezing" atau bunyi seperti seruling ketika menghembuskan nafas adalah karakter untuk asthma dan beberapa penyakit lain yang melibatkan masalah paru-paru. Ia berlaku apabila udara dipaksa melalui saluran pernafasan yang sempit dan menghasilkan bunyi tersebut.


Sekiranya tiada "wheezing" dalam serangan status asthmaticus adakah ini tandanya baik? Jawapannya tidak. Tiada wheezing bermakna saluran pernafasan telah tersumbat langsung sehingga tiada udara pun boleh melepasinya untuk menghasilkan bunyi.

Pesakit akan mengalami kekeliruan, rasa marah, semakin lemah dan akhirnya pengsan atau koma dan akhirnya membawa kepada maut.

Status asthmaticus adalah kes kecemasan. Rawatan diberi mengikut keadaan. Nebulizer dengan steroid dan bronchodilator (pembuka paru-paru) secara berterusan diberikan bersama-sama oksigen. Suntikan seperti anti histamine, steroid atau adrenaline diberikan.


Sekiranya teruk pesakit akan dimasukkan ke dalam ICU, diintubasikan dan bernafas menggunakan mesin.


OK kita sambung cerita kawan aku lepas itu kak yuni masuk ICU.Hari ini ( Jumaat ) dengar pula berita sudah discaj dan tolak masuk ward 4B aku pun pergi melawat dengan kawan - kawan yang lain sampai sahaja tengok kak yuni boleh bercakap seperti biasa gembira rasanya dan pabila dengar ceritanya sedih , serangan asthma yang teruk habis kaki menjadi keras dan tidak boleh bangun katanya, sedih pula dengar dia kata apalah nasib  dugaan menimpa diri ini aku pun perhatikan mata semua merah spontan aku pun merah juga dan airmata menitis. sunyi seketika.Sebelum aku balik sempat aku mengucapkan semoga kak yuni sihat seperti sediakala dan sembuh sepenuhnya....sambil mengurut badan dibelakang huwaaa :(:(:(....semasa jalan ke park  kereta sempat berdoa dalam hati semoga  kak yuni sihat dan terpikir kalau lah aku berada ditempat itu bagaimana rasanya sebabnya seben outstation mak n ayah jauh pulak sedara apatah lagi anak - anak macam mana pula stress rasanya kan...urmmm....YA ALLAH semoga segalanya dipermudahkan ALLAH mengerti segalanya.

p/s : Kita tidak akan tahu bila serangan status penyakit yang kita dapat serta adakalanya serangan datang tiba - tiba tidak mengira tua atau muda  boleh terkena kepada anda atau anak anda. Oleh itu berhati-hatilah.

Wallahu Alam.


Wednesday 26 September 2012

Kelakar





Gelak guling - guling tengok muara hati versi chegu man ini 
                          Hafiz versi rambut mop lantai dengan Dato' Siti Nurhaliza versi Afrika 
                                                                 wakakakakakaka





Kreatif gila Chegu Man ni. Boleh bawak dua watak pulak tu. Mula-mula ingat orang yang berbeza rupanya sama je orang nya. Pandai bebeno edit video. Nasib baik Chegu Man tak kena baham dek harimau sebab shooting video dalam semak ni ye. Tapi video ni memang lawak nak meninggal. Sampai tepuk-tepuk lantai aku gelak. HAHAHAHA
Terima kasih lah Chegu Man sebab menceriakan malam yang sepi ini. Lepas ni konpom jadi duta Simplysiti!! :D

Monday 24 September 2012

Absolute Chocolate@Secret Receipe




Great new for chocolate lover!!!! Absolute Chocolate from Secret Recipe sangat2 awesome.. So boleh la tukar menu dessert sekarang ni.. Asyik Chocolate Indulgence ja kan..sampai naik muak... Tadi balik kejer teringin minum ice blended mocha espresso ....... Tetiba ternampak menu stand ni atas table..iaitu absolute chocolate Terus inform waiter nak tambah ni... Taste awesome giler... Kena la tukar menu jangan asyik makan menu itu sahaja....
so try 1 slice price rm 10.00 delicious




ice blended mocha espresso

Sunday 23 September 2012

Hand Hygiene

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
cAK! haaa..
Hai kawan..Hari ini nak jadi doktor sekejap....hendak bercerita pasal 'hand hygiene' iaitu kebersihan tangan ia adalah antara tajuk dalam topik kursus aku semalam yang aku tertarik untuk kongsi bersama semua ,sedikit penerangan tentang kebersihan tangan.
Tahukah kawan-kawan segala apa tindakan yang sering kita buat acapkali kita sering terlupa untuk mencuci tangan terutama:-
  • Selepas menggunakan tandas.
  • Selepas bersin.
  • Selepas menghembus hingus.
  • Selepas memegang binatang peliharaan.
  • Sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
  • Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya.
  • Dan lain - lain lagi yang mungkin saya terlupa hehe..
Mengapa ya? Sebab utamanya di sebalik kedua tapak tangan kita mempunyai bakteria yang tersembunyi.Ingat jangan salah faham bakteri ada pelbagai jenis salah satunya bakteria yang baik akan memberi manfaat kepada bidang perubatan, perindustrian dan satu lagi kurang baik akan mendatangkan kesan pada tubuh manusia kita sendiri.
Apalagi jomlah turunkan bacaan di bawah (*_*)
Jenis-jenis bakteria apa pada tangan:-
Salmonella
Bakteria penyebab keracunan makanan. Biasanya tinggal dalam tanah dan sebabkan kekotora.
E. Coli
Tempat najis dan kawasan kotor. Petanda akan di serang dengan sakit perut dan muntah-muntah.
Bacillus Cereus
Penyebab keracunan makanan.
Staphylococcus
Akan menyebabkan perut sakit, rasa loya dan cirit-birit.
Langkah-langkah mencuci tangan dengan sempurna :-
 
sumber dari kementerian kesihatan
gambar dibawah ini aku pakai dekat rumah siap ada sensor ha..sua je tangan dia pun keluar la tanpa isi borang heeheeh..brand lain pun ada...so aku memupuk tabiat mencuci tangan dalam menjaga kesihatan ....+_~
IMAG1245





Thursday 20 September 2012

Hari Fever&Vomiting&Diarea


Hari ini farisya kejutkan aku pada pukul 2 pagi dengan muntah selang berapa jam pula muntah lagi badan lemah tidak bermaya sedih betul.
Dalam pukul 10 pagi aku bergegas pergi ke klinik pakar an nur doktor mengdiagnoskan farisya kena URTI ( upper respiratory tract infection ) :(
lepas sahaja berjumpa doktor balik rumah aku terus bagi ubat.farisya hari ini langsung tidak aktif dan ceria seperti  biasa dia bangun berdiri 2 kali jer,merengek dan selebihnya terbaring macam dalam gambar sepanjang hari.kesian farisya aku tengok so ambil EL what to do :( 
 family should go first kan.

Wednesday 19 September 2012

PETUA DAPUR

Mudahnya di dapur!petua ini dari mak aku selalu ingatkan aku tentang petua dapur so aku hendak kongsi bersama kawan-kawan semua.

1.Tepung hindari hanyir ayam ( untuk menghilangkan bau hanyir ayam,basuh ayam dengan menggunakan tepung gandum dan daun pisang.Ia bukan sahaja mencuci ayam dengan bersih tetapi dapat menghilagkan lendir lemaknya )

2.Kekalkan kesegaran sawi ( Hanya perlu membasuh sawi dengan air gula tanpa perlu membilasnya dengan air.Kemudian balut sawi dengan surat khabar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk )

3.Tauge kekal segar ( Bagi memastikan kesegaran  tauge berkekalan,masukkan tauge 
ke dalam semangkuk air.Kemudian perahkan limau nipis ke dalam mangkuk tersebut.Gaulkan 
sebati.Simpankan di dalam peti sejuk.Hasilnya tauge yang akan disimpan akan bertahan 
lama )

4.Elak masakan melekat ( cara mudah untuk mengelakkan makanan daripada melekat pada kuali atau perkakasan aluminium ialah dengan menggunakan asam jawa.Gaulkan asam jawa bersama air sehingga melekat .Rendamkan perkakasan itu semalam )

mudah jer kan selamat mengamalkannya.....*_<

Tuesday 18 September 2012

Cerita Aku & Fareeda

Ini pula pasal tudung fareeda sekarang ini berlambak orang pakai tudung fareeda tapi aku hendak cerita ada jugak orang sekeliling aku tidak kenal tudung fareeda.Sejak kebelakangan ini aku hampir tidak waras start sebelum raya sampai la kehari ini asyik ke butik fareeda di bangi, ini semua gara- gara patern tudung yang gojes.

Setiap kali time tiada keje confirm bukak fb sebab hendak tengok reseller upload stock terkini ...Semuanya hendak mendera batinku............kejammmm!!!!!

Sekarang ini seben aku pun sudah terperasan kemaruk aku yang menjadi - jadi ,  ape hendak buat sudah kena sampuk fareeda..ikutkan je la...dan bulan ini dapat dana dekat en.seben aku yang sangat memahami kehendak si isteri yang sedang meracau ini hahahahahahha...dapat rozana leopard inggeris terbaru hhehehe

Dan hari ini juga aku pergi hantar tudung - tudung yang sudah lama tidak basuh untuk buat dry cleaning ,  hendak basuh sendiri dekat rumah tidak sempat lagi pun aku bukannya seorang yang teliti hendak buat keje- keje yang cerewet ini .Sesampainya kedai dobi akak dobi pun kata cantiknya adik beli dekat mane tudung ini?tudung cap ape?berape ringgit ? bertalu - talu soalan dia uih aku pulak jadi tersipu - sipu .

   anyway thank to fareeda...u make me so pretty....whahahwhhahahwhahahah

tudung mawar

tudung sofiyya

antara koleksi tudung - tudung  fareeda

TUTORIAL TIPS MEMAKAI HIJAB & TURBAN

SALAM SEMUA
Sape kata sudah kahwin tidak boleh bergaya sebenarnya boleh sahaja tapi kena dengan caranya janji menutup aurat.aku nie tidak setia pada yang satu asal ada trend tudung terbaru mesti follow contoh fareeda dan macam2 lagi  sebelum itu aku pakai hijab
Tapi untuk hari ini aku just hendak tunjuk tutorial hijab dan turban 


TIPS 1 : Beli anak tudung , shawl,tudung bawal  mengikut citarasa warna masing -masing janji mengikut keselesaan senang dibentuk dan elastic.


TIPS 2 : a) pinkan shawl pastikan sebelah panjang dan sebelah pendek 
b) tarik sebelah yang panjang bawak ke belakang dan lilit.tarik ketat2 supaya nampak kemas c) just letak jarum peniti diatas dan tepi belah kanan .
siap hasilnya jadilah seperti diatas simple shawl 


TIPS 3 : a) pakai seperti biasa dan pinkan dibelakang just selempang dan sebelah kanan gulung sahaja
b)manakala yang disebelahnnya just saya pakai turban dan tudung just selempang juga tapi belah atas pastikan kebelakangkan sedikit untuk nampak turban.


front & back view
TIPS 3 : Turban style tudung bawal beri 
a) tudung dilipat menjadi segitiga dan pakai secara terbalik serta letakkan di kepala b)bucu sebelah kiri dan kanan disilangkan di atas kepala c)silangkan sebanyak 2 kali dan diikat pada sanggul hingga kemas d) lepas itu kemas sebelah bawah kiri dan kanan dengan jarum peniti.


TIPS 4 : Turban style manakala yang sebelahnya adalah bawal aiditjuma 


hana tajima


banyak cara yang boleh buat asal lilit sahaja dapat hasilnya


ini sekadar tambahan untuk nampakkan cantik


bergantung pada style masing- masing


banyak lagi style yang lain bergantung kepada kerajinan u all.So far this shawl simple and easy 
Selamat Mencuba +_*
p/s : kalau baru- baru hendak belajar sila layari www.scarfsweethoney.com click dekat hijab tutorial banyak style yang ditunjukkan aku pun belajar disitu juga...

Monday 17 September 2012

JOVIAN KEMBALI

AIDILADHA COLLECTION 

Masa raya aidilfitri haritu most of us, women, ramai yang berebut rebut tunggu depan 
First Lady outlets seawal subuh pagi sebab nak dapatkan koleksi busana
 Jovian Mandagie JovianRTW Aidilfitri Collections.


Tapi kadang kadang tak dapat beli pun sebab tak cukup ganas masa process berebut. LOL.

But worry not, memahami kehendak pelanggan dan peminat koleksi Jovian RTW,
 untuk Hari Raya Aidiladha 2012,Jovian Mandagie JovianRTW Aidiladha Collection is available
 for pre-order di one of the most famous online shops in Malaysia, THEPOPLOOK.COM.

They already launched few collections for pre-order at 10am today. More designs will be out on
THEPOPLOOK.COM for pre-order from time to time. 
So, you gotta like Jovian Mandagie Facebook Page andTHEPOPLOOK.COM Facebook Page 
if you want to be the first to know!


jameela jovianrtw jovian mandagie aidiladha

                                                                  Jameela on THEPOPLOOK.COM

jeevana jovianrtw jovian mandagie aidiladha

                                                               Jeevana on THEPOPLOOK.COM

jerielle jovianrtw jovian mandagie aidiladha

                                                               Jerielle on THEPOPLOOK.COM

jewel jovianrtw jovian mandagie aidiladha

                                                                 Jewel on THEPOPLOOK.COM
.

Resepi Coctail Berkuah

Memandangkan hari ini cuti am sempena satu malaysia...aku duduk dirumah sahaja dan melakukan aktiviti suri rumah seperti suri rumah yang lain...dekat luar cuaca panas gila dengan penatnya mengemas rumah hari ini..selesai sahaja masak dan memberi farisya makan serta tidur aku terus sahaja masuk dalam bilik dan membuka laptop untuk mengupdate hermis yang akan hantar sebelum 30 september ini memang rumit dan payah la.

Bosan punya pasal dahaga pulak tekak , aku bangun dan bukak fridge nampak nata de coco , dutch lady ( susu kotak )Ketika itu sedang berpikir apakah akan aku buat ?.....

Dalam masa 40 minit sahaja aku telah siap mencipta satu dessert untuk menghilangkan tekak yang dahaga..yang penting sedap dan lega tekak deh


resepi : tepung kastard , air , gula , susu cair , dutch lady ( susu kotak ) dan nata de coco kalau ada fruit coctail boleh la tambah
sukatan ikut suka hampa la..
lepas itu campur pulak dengan ais batu hadohai memang sodap la.Selamat mencuba sebab dia senang sangat :)

Sunday 16 September 2012

MEE UDANG

mee udang special

Terpesona bila melihat gambar mee udang ini tapi kalau makan lagi sedap hingga menjilat jari nyumm nyumm nyumm tahan air liur jer la jangan sampai meleleh sudah heheh.Setiap kali balik kampung lokasi kedai mee udang ini akan menjadi tarikan aku dan family.Udang dia memang besar dan sedap serta manis...hrganya semangkuk dalam lingkungan RM 12.OO gitu kalau x silap sebab yang saya order adalah mee udang special.

p/s : kalau mai taiping perak singgah la di kedai mee udang jalan cangkat jering taiping kampung manggis...udah rasa pasti puas hati dan mahu datang lagi di kedai ini  >_<

Friday 14 September 2012

Sambung entry last destination on may way GENTING HIGLANDS.
tertunailah hasrat hendak pergi , turun jer dari bukit tinggi trus naik genting memang ohsemmm terkejut gak bila seben kata jom kita naik genting ape lagi saya pun kata jom yeahh!!! dalam hati berbunga muka ada senyum jer ^_^

aduh gayat bila tengok bawah rupanya da naik smpi puncak genting.Waktu ini kami naik da petang trus cari hotel untuk tidur..booking hotel pun tidak trus terjah jer


alhamdullillah ada satu bilik untuk kami disebabkan datang hari weekend price rm 240 but free of charg jer kami duduk sebabnya ada berlaku sedikit accident yang mane kami beli hotel atas nama orang lain dengan menjual harga rm300 oleh seorang pemilik cina waktu itu seben setuju sebab sudah tiada bilik semasa hendak bayar dekat luar bilik didatangi 3 orang jaga polis hotel katanya menangkap cina itu dan kami diberi percuma tidur di hotel first world rezeki 
p/s ;pengajaran lepas ini pergi jer mane percutian pastikan penginapan adalah atas nama sendiri bukan dari orang yang menjual bilik hasilnya anda akan dihalau oleh pemilik hotel.huhuhhu


pemandangan dari tingkat 9 hotel first world..


habiskan masa bermain indoor pada malam itu ini jer sempat snap lepas itu habis bateri da...hehehe


keesokan hari pagi2 dah naik skyware cable car .Another one hour untuk naik Cable car. Dan juga beberapa puluh minit dalam cable car! +_____+


in the indoor skyware cable car!......gayat......


welcome snow world


sejuk gila dalam nie....


lawak jer orang semua pakai jeans saya pakai dress memang sejuk gila terasa sampai ke tulang...bertahan juga kerana ini lah first time pergi title sebagai seorang isteri ahaks sebelum nie pergi ngan kawan-kawan sahaja


kuba


>_<


orang aiskimo


waktu nie tahap pembekuan sudah mencapai maksimum 


havoc sehhh memang gila snap


ciann isya x bole msuk sebab terlampau sejuk next time isya besar baru boleh masuk nasib ada mertuaku mereka lah yg jga isya...


punch out back to putrajaya....


















  




Thursday 13 September 2012

PAHANG

JANDA BAIK  > BUKIT TINGGI > GENTING HINGLANDS

JANDA BAIK 
Kisah percutian yang seterusnya pula di janda baik sebenarnya just jalan - jalan jer hendak tahu ape yang menarik di janda baik. apa yang ada kat sini?just a typical kampung yang macam kampung lain tapi yang uniknya dikelilingi oleh kawasan gunung yang cantik dan masih suci dari penceroboh.
lokasi dekat kaki bukit agak tersembunyi so kena betul2 servey dulu kawasan ini.Sangat tenang just singgah snap2 pic sahaja dan kalau kena cuaca hujan atau ada embun sejuk mesti lagi best....janda baik adalah seronok jika berkelah atau riadah bersama keluarga. itu jer boleh saya ungkap kan sebabnya tidak berjalan kemana pun ok lets next entry...

COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI 
Alhamdulillah, hari ni sempat mengupdate  blog.so, sementara menunggu kepulangan seben, aku habiskan dulu catatan perjalanan budget aku sekeluarga ke Colmar Tropicale. selain bangunan2 berkonsepkan perancis yang menjadi tarikan utama, ada lagi beberapa tarikan lain di colmar tropicale ni yang boleh dikunjungi jika berkunjung ke sini. antaranya ialah :

JAPANESE VILLAGE
Japanese Village atau Japanese Garden ni tertelak agak jauh dari bangunan perancis di colmar. jalan kaki memang boleh, tapi kena jalan kaki setengah hari la baru sampai. boleh berkenderaan sendiri dengan melalui bukit bukau yang tinggi dan cerun curam. mau tak tinggi, taman jepun ni terletak 3500 meter di atas paras laut. 

bagi yg berkenderaan sendiri, parkingnya agak jauh ke bawah dan terpaksa berjalan kaki menaiki bukit. kalau gunakan kenderaan colmar iaitu lori yang diletak tempat duduk tu, percuma. 

kat taman ni, ada kedai cenderamata jepun, lanskap taman jepun, kolam ikan kap jepun, spa jepun, boleh menyewa kimono jepun, rumah jepun, mencuba upacara minum teh jepun yang berbayar. pendek kata semuanya jepun. nak lebih afdal, pakailah baju jepun masa ke sana cuma rm20 sahaja manis berpakaian kimono.

ragam isya kepenatan naik...masih jauh lagi rupanya hhuhuuhuh penat la tok wan
japanese teh house
berpimpin tangan gitu 
sampai di kolam ikan jepun 
pemandangan dari atas
kimono 
+_* ada gya jepun x ?
wahh shantek sungguh rumah dibelakang itu
my love
bersama isya memamg suka buat noty gitu
bersama dengan mertuaku
see nice

memang happening tidak rugi la pergi ke sini ..ok untuk cerita di genting higlands  kita sambung next entry jgn termuntah tengok gambar - gambar saya lagi banyak .....alkisah nya tunggu............+_* sebelum itu jom layan 
gambar colmar tropicale


mercu tanda colmar tropicale


berlatarbelakangkan hotel penginapan


tabik spring....


kenangan

thepoplook's - chiffon maxi dress fuschia -


car park

tok : kenapa isya buat muka gitu?
isya : urmm

kenyit skit....jom dance


menuju jalan keluar terjah menerjah sudah habis


bak dua merpati sejoli...







 
Designed by: Ayesha Ramlee